30 November 2010

Getting Started Guide

Getting Started Guide

21 Cara Meningkatkan Trafic Ke Blog


Apa rahsianya???

1) Tulis byk entry - kalo boleh setiap hari ada la entry baru supaya pengunjung x bosan. Setiap hari ada benda baru utk dibaca dan setiap tulisan biarlah yg berkualiti, jgn "copy n paste" saja. Biar blog kita ada identiti tersendiri...

2) Design n layout yg cantik - biar lah blog kita simple tapi menarik. Jgn letak byk sgt widget smpai jadi semak n blog pon jadi berat utk keluar. Ini akan buat pelawat malas nk masuk lagi...

3) Cuba utk ada identiti sendiri - nama domain yg mudah & senang diingat akan membuatkan pengunjung xkan lupa untuk singgah lagi...

4) Letaklah gambar di blog kita - jangan lupa kdg2 orang akan search Google @ Yahoo! untuk cari gambar. Kalo blog kita ada gambar, maka peluang utk muncul pada laman web Google n yahoo! lebih tinggi...

5) Balas setiap komen yg diberi - x kira la dkat ShoutBox @ komen pd entry, balaslah kerana pengunjung akan rasa lebih dihargai. Ini membuatkan ada komunikasi antara blogger dgn pengunjung...

6) Tumpukan pd stat - cuba tgk stat kita, apa keyword yg slalu pelawat guna utk cari entry2 dalam blog kita. Jadi kita akan dapat tau apa yg pelawat suka & x suka. Jadi bykkanlah entry yg pelawat suka...

7) Tanya soalan - untuk mendapat byk komen @ respon dr pengguna, sebelom akhiri entry kita, tanyalah soalan kpd pengunjung kita. Ini membuat pelawat rasa lebih dekat dgn blogger...

8) Banyakkan komen pd blog lain - komen pd blog lain akan buatkan kita lebih dikenali dikalangan blogger2. Cara ini juga mengeratkan silaturrahim antara blogger...

9) Hantar URL korang - korang tau x korang bleh antar URL korang ke Google -> Submit Google atau ke Yahoo! -> Submit Yahoo! Ini membuat Google n Yahoo tahu ttg kewujudan blog korang...

10) Jangan sombong - blogger2 baru janganlah sombong @ malu bertanya kepada blogger2 lama. Binalah hubungan dengan blogger baru dan lama. Banyak ilmu bleh dapat kalo rajin bertanya...

11) Buat link ke entry lama - guna Linkwithin pon dh ckup utk buat link ke entry lama, pengunjung dapat tau apa topik2 menarik yg terdahulu.

12) Baca & edit - bila korang dh post entry, cb baca balik kot2 ada kesalahan2 ejaan ke @ fakta yg bleh dibetulkan. Ini utk membuatkan entry tu lebih berkualiti.

13) Buat contest (pertandingan) - xkira la pertandingan apa pon asalkan pelawat2 dapat sesuatu dr pertandigan tue. X kisah la hadiah mahal @ murah yg penting dapat kenal satu sama lain.

14) Buat pertukaran link - buat pertukaran link dgn blog2 lain, ini boleh diletakan pd sidebar @ mna2 pon x kisah. Kalo link korang diletak pd blog yg dh popular ini pasti kan membantu.

15) Guna Feedburner -  dgn Feedburner pelawat bleh dapat tau entry2 baru kita dalam email diorang, tapi xtau la ada lagi ka guna cara nie sb mcm akan semakkan email lak.

16) Tolong menolong - kalo korang dh tersenarai sebagai blogger lama, jgn la kedekut ilmu utk kongsi apa2 yg korang tau. Walaupon sikit ja korang ajar, msti diorang igt smpai bila2.

17) Buat lbih dari 1 blog - kalo korang ada masa byk, buat lah byk blog n korang bleh link kan blog2 yg byk nie. Ha3, yg nie Bdk Botak mmg x sempat nk buat...

18) Guna laman sosial - byk laman sosial yg korang bleh guna utk popularkan blog contohnya Facebook, Myspace, Twitter, Friendster. Semua tu boleh buatkan blog kita dikenali ramai dalam waktu yg singkat.

19) Sertai forum - byk forum2 yg bleh korang sertai kat Malaysia nie contohnya Gempak, Jiwang dan korang dapat kongsi blog korang kat sana. TAPI patuhi la undang2 kat forum tue, jgn x pasal2 korang kena buang pulak.

20) Letak signature - kalo korang dh sertai forum, msti boleh letak signature kt setiap komen korang. Letaklah link ke blog korang. Pandai2 la design signature yg menarik.

21) Jadilah diri sendiri - cubalah jadi diri sendiri. Jangan tiru gaya penulisan, design atau apa2 saja dari blog lain. Mmg mula2 orang kan datang tapi percayalah pasti x lama...

 Kalo nk share jgn lupa letak link ke entry nie.
 aku copy budak botak punya

4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Oleh Perempuan Ke Neraka

 Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka ya.


P/s: Isk3, terasa beratnya tanggungjawab utk jadi lelaki nie. Sebab tu kita pernah dgr seindah-indah hiasan dunia adalah wanita solehah... 

Cara Nak Lajukan Broadband Habis Limit



Salam semua blogger dan rakan seperjuangan di dalam dunia IT. Lama juga rasa tak updated blog ni.... huhuh... Tapi semua itu tak mematah kan semangat daku meneruskan blog ni sentiasa hidup sehingga ke usia tua ku... hahahaa.. lawak jer... Owh yer, waktu pagi, seperti biasa, saya berjalan dengan Mr. Google menjelajah dunia tanpa batasan dan menemui 1 bloggers kita yang aktif dan sesuatu yang menarik di dalam nya adalah seperti tajuk di atas... Ucapan Terima Kasih untuk Budak Botak kerana meminjam entri ini untuk di kongsi kan bersama....

Okeylah, kali ini saya akan share satu lagi trik yang menarik bagi anda pengguna broadband. Tapi yang pernah di cuba adalah di broadband celcom.. Untuk pengguna maxis atau seangkatan dengan telekomunikasi lain, saya belum mencuba.. saya harap anda yang ada tu, boleh lah mencuba yer... Yo, kita terus ke jalan cerita sebenar..... (Copy Paste from Budak Botak blog)... maaf yer budak botak!! hehehhe ... :)


Korang mcm Bdk Botak x? Gna broadband smpai tgh bulan pn dh abis limt. Sb broadband nie adik2 pon gna sama men game kt Facebook tue, jadi cpt la abis bandwidth tue. Msj mcm kt bwh ni tiap2 bulan Bdk Botak dapat. He3, korang kalo dapt msj cmni msti rasa x best kan? Bdk Botak xkisah pon dpt cmni sb maknanya duit broadband Bdk Botak bayar dh digunakan smpai abis.Maknanya lepas 5GB tu free la, ha3...

 Tgk la penggunaan Bdk Botak bulan nie. Yg dalam petak merah tue. Dh 6 GB lebih...

Cmna nk buat Celcom x leh kawal speed kita? Ok cmni caranya...

1) Pastikan wktu nie dh connect ke internet. Tekan "start" & cari "run". Dalam tu tulis "cmd" dan tekan ok...


2) Akan kuar command prompt mcm kt bwh ni. Tulis "ipconfig/all" dan enter...


3) Bila dh enter akan kluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tgk gambar kt bwh utk pilih yg mna betol...


4) Ok skarang tekan "ping [address korang] -t" Cth ping 10.175.53.131 -t   mcm gmbar kt bwh. Bila berjaya, korang akan trima balasan mcm kt bwh. Kalo x kuar mcm kt bwh mksudnya x berjaya la tu...


5) Biarkan bnda ni jalan selama mna korang online. Kalo dh xnk tekan pangkah tu ja.

Proses nie akan buat korang akan sntiasa ada connection dgn server, akan cepatkan proses hantar & terima packet (bdk2 network n IT tau la apa bnda nie) jadi website lbih cepat loading...

Tip nie utk semua jenis broadband xkira la CELCOM, MAXIS, DIGI asalkan broadband tapi Bdk Botak gna Windows XP, jadi utk yg gna lain tu mgkin ada beza sikit...

P/s: Utk yg dh lbih limit, kalo x jgn gna cara nie... Apa2 soalan bleh tanya kt bwh nie. Jadi x korang buat?

Sekali lagi ucapan syabas untuk Budak Botak mengenai entri ini.... Di harapkan perkongsian kali ini amat menyenang kan anda para pengguna broadband yang kehabisan limit.... :)

Melajukan Speed Internet Anda pada Window 7



Pernah kah anda merasakan kelajuan internet anda menurun secara tiba-tiba ketika sedang menjelajah sesuatu laman web? Pada hakikatnya, laman web tersebut, bukan nya berat sangat, tetapi loading, sampai berminit-minit lamanya... Dan pernah kah anda merasakan ketika download sesuatu file, talian internet anda bergerak terlalu perlahan? Memang semesti nya perkara sebegini sering dilalui oleh mana-mana individu.. mungkin akan timbul perasaan marah dan meyumpah-nyumpah kan... hahaha... (saya pun sama camtu) wakakaka..

Sebenarnya, dah lama saya nak kongsi bersama trik ini tetapi memandangkan selalu lupa dan banyak kerja lain perlu di uruskan, pending lama juga ler jawabnya... hahaha.. tapi, kali ini kita akan mencuba merungkai cara atau trik yang jitu untuk melajukan connection internet anda.. Khasnya buat pengguna Window 7 dan Vista. Mari kita lakukan 2 langkah yang akan saya kongsikan bersama anda.

Cara Pertama:
1. Klik pada kotak run dan taip gpedit.msc dan tekan enter.


2.  Paparan kotak Local Group Policy Editor akan muncul. Pada bar sebelah kiri, sila klik pada Administrative Templates/Network/QoS Packet Scheduler. Pada bar sebelah kanan pula akan muncul pilihan lain nya, sila dwi klik pada Limit reservable bandwidth. Paparan seperti di bawah:


3. Paparan Limit reservable bandwidth akan muncul. Sila tick pada Enabled. Pada Option, iaitu Bandwidth limit (%), gantikan 20 dengan menaip nilai 0 (kosong). Seterusnya Apply dan klik Ok. Rujukan paparan seperti di bawah.


Selesai sudah langkah pertama. Untuk makluman anda yang menggunakan Windows premium atau basic, kemungkinan cara ini tidak dapat di modifikasikan. Pada Windows profesional, enterprise dan ultimate, memang mudah untuk di lakukan.

Cara Kedua:
1. Buka menu start, dan taip pada kotak run cmd. Rightklik mouse dan gunakan Run As Administrator.


2. Setelah paparan CMD terbuka, Sila taip cd/ dan enter. Contoh seperti di bawah:


3. Setelah itu, sila taip netsh int tcp show global dan enter. Paparan seperti di bawah:


4. Baiklah, sekarang kita sudah berada pada bahagian setting. Kita akan mengubah pada bahagian tertentu. Sila taip netsh int tcp set global chimney=enabled dan enter, tunggu sebentar sehingga cmd menunjukan respon Ok. Contoh seperti gambar di bawah:


5. Seterusnya, sila taip netsh int tcp set global autotuninglevel=normal dan enter. Tunggu cmd memberi respon Ok. Sila lihat contoh paparan di bawah:


6. Langkah seterusnya, masih lagi kita menaip iaitu netsh int tcp set global congestionprovider=ctcp dan tekan enter. Tunggu sehingga respon Ok. Gambar contoh di Bawah:


7.  Langkah terakhir adalah, taip semula netsh int tcp show global dan enter. Paparan contoh seperti di bawah:


8. Dan paparan terakhir seperti ini akan muncul, anda bandingkan semula langkah no 3 dengan paparan baru yang telah anda setting. Contoh gambar adalah seperti di bawah:


 9. Sila exit kan Cmd anda, jika perlu, restart pc/laptop anda dan rasai perbandingan kelajuan internet anda sekarang.

Trik ini telah saya cuba pada Windows 7 Ultimate dan 100% berkesan serta tiada kerosakan sampingan. Semoga pada anda yang mencuba, selamat mencuba dan beri ulasan. Pada yang ingin copy paste artikel ini, sila maklumkan pada saya dahulu untuk di kongsikan secara umum.

Untuk anda yang masih kurang jelas dengan cara Kedua, di sini saya sertakan tutorial video untuk menyenangkan anda melakukan trik tersebut.

video
 

29 November 2010

SIFAT – SIFAT AHLI BOMBA


SIFAT – SIFAT AHLI BOMBA
OBJEKTIF

            Untuk mengetahui sifat dan tugas yang perlu ada pada seorang anggota Bomba supaya dapat menjalankan tugas kebombaan dengan baik dan sempurna.
 
PENDAHULUAN

1.         Sebagai seorang anggota Bomba anda sentiasa menghadapi pelbagai corak tugas. Mereka dikehendaki mempunyai pengetahuan yang luas di dalam bidang kebombaan. Ini termasuk dalam kerja- kerja harian seperti menjaga, menyelia peralatan, jentera Bomba, mengendalikan rekod dan sebagainya.

2.         Sifat – sifat seorang anggota Bomba ialah :

            a.      Kecergasan Jasmani

b.            Berani dan tenang

c.            Penyabar

d.      Daya pemikiran tersendiri

e.      Berpandangan luas

f.             Sifat ingin tahu

g.      Bertatatertib dan budi pekerti tinggi

h.      Mempelajari dari kejadian lalu

i.         Dapat menilai situasi kebakaran

j.         mengatasi kejadian dengan segera

k.       Pengetahuan Topography kawasan

3.            Tugas dan tanggungjawab anggota Bomba yang penting ialah :

           a.           Menyelamatkan nyawa

    b.           Mencegah kerosakan hartabenda dari kebakaran

    c.            Memberi perkhidmatan kemanusiaan

 4.      Dengan mengetahui sifat-sifat ini dapatlah anggota Bomba itu menjalankan tugasnya dengan baik.

SIMBOL BAHAN LETUPAN


TAJUK: SIMBOL BAHAN LETUPAN.

OBJEKTIF

Untuk menerangkan simbol-simbol bahan letupan dan tindakan awal yang  dilakukan jika berlaku kebakaran.

TARAF PENGETAHUAN

A

RUJUKAN

PENDAHULUAN

         Bahan-bahan letupan adalah salah satu dari bahan yang dianggap bahaya dan mudah terbakar. Disamping itu kebakaran yang terjadi boleh menyebabkan kemusnahan yang teruk terhadap kawasan yang terlibat dan sekitarnya . Oleh itu setiap ahli Bomba perlulah mengetahui sifat-sifat bahan letupan ini serta tindakan-tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

          Bahan-bahan ini terbahagi kepada empat divisyen berdasarkan sifat-sifat bahan letupan  itu sendiri apabila ianya terbakar.

a.       FIRE DIVISYEN 1

          i.   Sifat-Sifat Bahan Letupan.
        
                Bahan letupan yang pasti akan meletup secara besar-besaran sebaik sahaja terkena api yang akan menghasilkan kerosakan besar kepada struktur bangunan dan bahaya besar kepada kawasan sekeliling yang berdekatan.

           ii.  Tindakan

  1.  Diperingkat awal, gunakan peralatan melawan kebakaran yang disediakan
  2.  Kendalikan renchers ( jika dipasang ) dibanggunan yang terlibat sertata di banggunan - banggunan  yang berhapiran 
  3. Jika kebakaran tidak dapat dikawal, keluar dari kawasan tersebut dan cari perlidungan di tempat selamat.
  4. Cegah api dari merebak ke banggunan yang berhampiran dengan menggunakan  semburan air 
  5. Semua anggota yang tidak berkenaan dilarang memasuki kawasan tersebut.

b.         FIRE DIVISYEN 2

i.          Sifat-Sifat Bahan Letupan

Bahan letupan yang mungkin akan meletup secara besar-besaran. Tetapi jika dibandingkan dengan letupan kelas 1 ianya boleh dijilat api lebih lama sedikit sebelum meletup. Mempunyai bahaya serpihan dan blast.

ii.         Tindakan .

1.         Diperingkat awal, gunakan kelengkapan melawan kebakaran yang disediakan,

2.         Kendalikan drenchers ( jika dipasang ) dibanggunan   yang  terlibat    serta di banggunan - banggunan yang berhapiran .

3.         Jika kebakaran tidak dapat di kawal, terus melawan kebakaran disebalik perlindugan.

4.         Cegah api dari merebak ke banggunan yang berhampiran  dengan menggunakan semburan air.

5.         Sejukkan bahan-bahan yang mungkin akan terbakar disebabkan terkena  serpihan panas, peluru atau agen-agen pembakaran yang lain dengan air.

c.         FIRE DIVISYEN 3

i.          Sifat-Sifat Bahan Letupan .

            Bahan letupan yang mudah terbakar dan akan membakar dengan ganas tetapi tidak semestinya meletup secara besar-besaran. Mempunyai bahan serpihan atau blast yang sederhana.

ii.         Tindakan

1.         Di peringkat awal, gunakan kelengkapan melawan kebakaran yang disediakan.

2.         Kendalikan drenches { jika dipasang } di banggunan yang terlibat serta di banggunan-banggunan yang berhampiran.

3.         Jika kebakaran tidak dapat di kawal, tumpukan, melawan kebakaran dan cegah api dari merebak dengan menyembur air ke kawasan sekitar.

4.         Gunakan pakaian perlindung sepenuhnya jika terdapat bahang atau radiasi.

5.         Semua anggota yang tidak berkenaan dilarang memasuki kawasan tersebut.

d.         FIRE  DIVISYEN 4

I.          Sifat-Sifat Bahan Letupan .

Bahan letupan yang mempunyai bahaya kebakaran yang sederhana sahaja. Tidak mempunyai bahan serpihan atau blast.

ii.         Tindakan.

1.         Diperingkat awal, gunakan kelengkapan melawan kebakaran yang di sediakan .

2          Kendalikan drenches { Jika dipasang } dibanggunan yang terlibat serta .di banggunan - banggunan yang berhapiran.

3.         Jika kebakaran tidak dapat dikawal, ambil perlindungan yang perlu dan gunakan semburan air tanpa henti.

4.         Gunakan spray untuk menghampiri kawasan tersebut,

5          Semua anggota yang tidak berkenaan dilarang memasuki kawasan tersebut.

e.         SIMBOL DAMPINGAN

Terdapat empat simbol sampingan untuk keselamatan semasa menghampiri  kawasan tersebut yang perlu diberi perhatian iaitu,
           
                        i).         Radiological hazard - Kawasan simpanan  bahan radioaktif

                        ii).        Breathing apparatus to be own -  Pakai alat penafasan .

                        iii).       Protective clothing to be own - Pakai balang pelindung keselamatan.

                        iv).       No water to be own – Dilarang menggunakan air.



27 November 2010

Membuat password pada USB anda






Mungkin ada maklumat yang sulit atau peribadi yang perlu di rahsia kan dari orang lain di dalam pendrive anda! Malah anda selalu lupa untuk menyimpan atau membawanya ke mana-mana bukan? Jadi dari situ, mungkin segala rahsia dari isi pendrive anda sering di buka oleh rakan-rakan sekerja atau roomate anda. Sekarang saya ada jalan penyelesaian supaya pendrive anda diprotect dengan password sebelum membuka nya. So, jom kita ikuti cara membuat nya.


1. Buka notepade 
2. Copy dulu kode di bawah ini dan paste ke dalam notepade.

on error goto 0
dim s,quest,sd,m,winpath,fs
set sd=createobject(“Wscript.shell”)
set fs=createobject(“Scripting.FileSystemObject”)
set winpath=fs.getspecialfolder(0)
set s=wscript.createobject(“wscript.shell”)
do while quest=”"
quest=inputbox(“Masukkan PASSWORD DISINI“)
if quest=”" then
m=MsgBox(“Sorry you don’t have the password…!”, 0+0+48, “http://firtstest.wordpress.com“)
end ifhttp://9im6jjs425770o267f7u4gprd0l4tbn2.a.blogger.gmodules.com/gadgets/ifr?v=c694ddc5a48660f2a298a825478864&container=blogger&view=editor-sidebar〈=in&url=http%3A%2F%2Fwms.assoc-amazon.com%2FGoogleGadgets%2Famzn_monetize.xml&country=ALL&libs=core%3Adynamic-height%3Agoogle.blog%3Agoogle.blog.editor%3Alocked-domain%3Arpc%3Asetprefs%3Asettitle%3Aviews&parent=http%3A%2F%2Fwww.blogger.com%2F&mid=1262628147450#
loop
if quest=”TAIP PASWORD ANDA” then
s.run “shutdown -a”
sd.run winpath & “\explorer.exe /e,/select, ” & Wscript.ScriptFullname
else
s.run “shutdown -s -t 0″
end if



3. Sila taip/ganti password anda sendiri pada TAIP PASSWORD ANDA
4. Peringatan :Berhati-hati menaip password anda dengan huruf besar atau huruf kecil, amati dengan teliti. Sila taip password yang senang anda ingat.
5. Simpan file dengan memilih tipe all files, beri nama paswordfd.vbs
6. Setelah selesai, untuk setting supaya secara automatik apabila pendrive di cucuk ke PC, sila buka 1 lagi notepade baru dan copy paste kode di bawah ini:


[Autorun]
shellexecute=wscript.exe passwordlock.vbs
action=Pendrive Mempunyai Password



7. Pada tulisan di bahagian action (Pendrive Mempunyai Password), anda boleh mengubahnya dengan ayat anda sendiri.
8. Simpan file dengan memilih tipe all files, beri nama autorun.inf
9. Kemudian pindahkan kedua file yang di save tadi iaitu, autorun.inf dan passwordfd.vbs ke dalam pendrive anda
10. Langkah terakhir, sembunyikan file autorun.inf dan passwordfd.vbs dengan cara klik kanan pada masing-masing autorun.inf dan passwordfd.vbs, lalu pilih properties, tick pada kotak yang ada di tanda hidden. Selesai…


Amat mudah bukan, tidak memerlukan software, secara manual untuk memastikan segala isi pendrive anda terselamat dari di buka oleh orang yang tidak anda ingini. Diharap trik ini dapat membantu anda dan sekarang, apa kata anda protect pendrive anda mengguna kan password! Selamat Mencuba!

Selena Gomez & The Scene - A Year Without Rain

Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet - Kalau Berpacaran (LIVE)

Kalau Berpacaran (with lyrics)

Khasiat Tanaman Herba

1) ANGGUR




NAMA SAINTIFIK : VITIS VINIFERA
KELUARGA : VITACEAE
NEGARA ASAL : AUSTRALIA
CIRI-CIRI:
Anggur adalah buah yang tumbuh dari batang pokok menjalar berkayu dalam keluarga Vitaceae. Anggur tumbuh dalam gugusan 6 hingga 300 tangkai, dan terdapat dalam warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan atau putih.
Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.
KEGUNAAN:
Ia boleh dimakan mentah atau digunakan untuk membuat kismis, jem, air anggur, jeli, wain dan minyak biji anggur. Penanaman anggur dilakukan di ladang anggur, dan dikenali sebagai vitikultura.



2) ATI-ATI




NAMA SAINTIFIK : SOLENOSTEMON SCUTELLAROIDES
FAMILI : LABIATAE
NEGARA ASAL : INDO-MALAYSIA

CIRI-CIRI :
• Herba semusim atau saka, berbatang lembut, sekulen dan mencapai ketinggian sehingga 1 meter.
• Batang bersegi dan bercabang banyak an merimbun jika dicantas.
• Daun oval, bergerigi kasar, berukuran 5-10 cm panjang,3-5 cm lebar berwarna keunguan dan bertompok merah di tengah daun.
• Infloresennya terminal dan berjambak ringkas dengan bunga yang banyak berwarna keunguan atau kemerahan.
• Bijinya banyak, halus dan berwarna hitam.
KEGUNAANNYA :
• Pucuk atau daun mudanya sering digunakan sebagai ramuan dalam sambal tempoyak daun kayu atau nasi ulam.
• Khasiatnya sebagai ubat seduuan daunnya dikatakan dapat mengurangkan mual perut kerana tak kecernaan makanan.
• Daunnya juga digunakan sebagai ubat sakit kepala.



3) BANGUN-BANGUN




NAMA SAINTIFIK : SOLESTEMON AMBOINICUS
NEGARA ASAL : INDONESIA

CIRI-CIRI :
• Herba yang merayap dan kadang-kadang tumbuh tegak setinggi 50 cm.
• Batangnya lembut dan berlendair.
• Daun tebal, berbentuk oval yang lebar atau berbentuk jantung, kesat , tepi daun berjerigi dan berwarna hijau muda.
• Semua bahagian herba ini beraroma bila diramas.
KEGUNAANNYA:
• Sebagai penyedap rasa dalam resipi masakan tradisional.
• Daunnya dihiris halus dan ditaburkan ke atas masakan daging,ikan,sup,bubur nasi dan lain-lain.
• Sebagai ubat tradisional,jusnya dikatakan boleh juga menyembuh batuk,asma dan bronkitis.
• Air seduhan daun pula dikatakan dapat mengeluarkan angin dalam perut dan seterusnya dapat mencernakan makanan.



4) BELIMBING




NAMA SAINTIFIK : EVERRHOA BELIMBI
KELUARGA : OXALIDACEAE

CIRI-CIRI:
• Ia ditanam untuk mendapatkan buahnya yang masam.
• Buahnya seperti buah belimbing besi tetapi ia lebih kecil.
KEGUNAAN:
• Ia digunakan untuk merawat jerawat- parut buahnya dan dicampurkan sedikit garam dan sapukan pada muka.
• Jus daripada buahnya yang besar dan hijau boleh merawat ketegangan , kencing manis , dan pening kepala.
• Untuk merawat batuk- rebus daun, bunga dan buahnya dalam jumlah yang sama dan diminum airnya.
• Bunganya juga digunakan untuk merawat sakit gigi dan batuk.



5) BETIK




NAMA SAINTIFIK :CARICA PAPAYA
KELUARGA :CARICACEAE
CIRI-CIRI:
• Biasanya ditanam di kawasan sekitar rumah dan ada juga yang tumbuh meliar.
• Pokok jantannya berbunga panjang tetapi tidak mengeluarkan buah

KEGUNAAN:

• Pucuk dan bunga dicelur dan dimakan sebagai ulam.
• Bunganya digunakan untuk membuat kerabu.
• Dalam merawat sakit perut yang tidak selesa atau deman kuat,daun betik ini direbus dan airnya diminum selama 3 hari.
• Untuk merawat sakit perut sapukan pada perut untuk 2 kali sehari selama seminggu.
• Sesuai juga untuk merawat deman yang kuat,tumbuk daun betik yang muda,temu hitam(mempoyang) dan garam,campurkan dengan air dan diminum di waktu pagi.



6) BUNGA RAYA




NAMA SAINTIFIK : HISBICUS ROSA SINENSIS
CIRI-CIRI :
• Banyak berfungsi sebagai bunga hiasan.
• Sesuai ditanam dikawasan tanah yang lembap.
KEGUNAAN :
• Daunnya diambil beberapa helai (daun yang segar) ramaskan dengan sedikit air kemudian lapkan air tersebut pada seluruh badan atau demahkan atas kepala.
• Daunnya boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur dan mendapatkan warna lembut yang hitam berkilat dan bersinar-sinar – caranya ambil daunnya yang segar dan ramaskan sehingga mengeluarkan lendir dan kemudian sapukan lendir itu pada rambut kita – biarkan beberapa ketika sebelum basuh dengan air yang bersih.



7) BONGLAI




NAMA SAINTIFIK :ZINGIBER PURPUREUM ROSCOE
SINONIM :ZINGIBER CASSUMUNAR ROXB
NEGARA ASAL :INDIA, INDONESIA, MALAYSIA DAN FILIPINA.
CIRI-CIRI :
• Mempunyai daun yang linear dan berumpun kecil.
• Rizomnya berwarna kekuningan.
KEGUNAAN :
• Rizom bonglai digunakan dalam ramuan dalam rempah dan penyedap rasa dalam masakan tradisional melayu.
• Bonglai dikaitkan sebagai ubat tradisional dan sebagai ramuan dan persediaan jamu dan ubat ibu bersalin semasa dalam pantang.
• Jangan guna berlebihan, boleh menyebabkan keracunan



8) CEKUR




NAMA SAINTIFIK : KAEMPFERIA GALANGA LINN
KELUARGA : ZINGIBERACEAE
CIRI-CIRI :
• Sejenis herba renek dengan daun tersusun padat dan tumbuh melebar di atas tanah.
• Bunganya berwarna putih ungu tumbuh secara sendirian di tengah-tengah pokok.
• Rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren.
KEGUNAAN :
• Rizomnya yang beraroma digunakan untuk mewangikan nasi.
• Ia juga digunakan sebagai ubat batuk bagi mengeluarkan kahak dan lendir.
• Ia juga boleh digunakan untuk melegakan kembung perut.
• Rizom cekur yang dicampurkan dengan minyak digunakan secara luaran bagi merawat luka.Campurannya yang hangat digunakan pada bahagian badan yang sakit-sakit.
• Rizom yang dihiris diikat sebagai demah bagi mempercepatkan bisul mengeluarkan nanah.



9) CEKUR MANIS




NAMA SAINTIFIK :SAUROPUS ANDROGYNUS
NAMA LAIN :PUCUK MANIS, ASIN-ASIN
NEGARA ASAL :DIPERCAYAI BERASAL DARI ASIA TENGGARA
CIRI-CIRI :
• Pokok renek berbatang lurus, tegak dan mencapai ketinggian kira-kira 3 meter.
• Bahagian atas pula berkayu lembut, berwarna hijau dan mudah terkulai.
• Batang tidak mudah bercabang kecuali bila dicantas.Terdapat ranting-ranting lateral yang pendek dan daunnya tumbuh secara berselang-seli hingga ke hujung.Daunnya berbentuk bujur atau oblong, 2-5 cm diameter, 1-2 cm lebar berwarna hijau tua.
• Buahnya globos, berukuran 1.5 cm diameter, berpangsa tiga dan berwarna putih kemerahan.
KEGUNAAN :
• Sebagai sayuran tradisional, pucuknya yang muda biasanya direbus, berencah ikan bilis, sering dimasak lemak dengan ubi keledek dan cendawan sisir.
• Sayur ini dianggap sebagai ubat yang dapat memulihkan kesihatan ibu yang baru bersalin dan menambahkan pengeluaran susu ibu.



10) CEMPAKA KUNING




NAMA SAINTIFIK :MICHELIA CHAMPACA

CIRI-CIRI:

• Dijadikan hiasan atau pohon teduhan di halaman rumah
• Bunganya berbau wangi.

KEGUNAAN:

• Bunga cempaka kuning berkhasiat untuk wanita selepas bersalin,kencing tidak lawas dan deman selsema.
• Wanita selepas bersalin.CARANYA:ambilbeberapa helai daunnya dan bersihkan.Kemudian,rebus sehingga mendiih dan minum bila suam.
• Kencing tidak lawas.CARANYA:ambil beberapa kuntum bunganya dan bersihkan.Kemudian rebus dan minum bila dah suam.
• Deman selsema.CARANYA:ambil akarnya dititik atau dipecah-pecahkan.Kemudian,rebus dan minum apabila suam.



11) CILI PADI




NAMA SAINTIFIK : CAPSICUM FRUTESCENS
NEGARA ASAL : AMERIKA SELATAN
CIRI-CIRI :
• Herba dan pokok renek sebagai tanaman semusim.
• Buahnya runcing, berjambak-jambak dan tegak pada aksil daun dipucuk.
• Semasa muda buah warna hijau dan masakbertukar merah.
• Kultivar yang lain berwarna putih semasa muda dan kuning dan merah bila masak.
• Mempunyai rasa yang amat pedas, unik dan rasanya yang tersendiri.
KEGUNAAN :
• Sebagai penyedap rasa dala resepi masakan ikan, daging dan sayur-sayuran.
• Boleh dibuat jeruk, proses mengurangkan pedas.
• Mempunyai khasiat yang tinggi, dikenali sebagai stimulan, karminatif dan ubat sakit sengal tulang.



12) DAUN KARI




NAMA SAINTIFIK : MURRAYA KOENIGII
FAMILI : RUTACEAE
NEGARA ASAL : INDIA, THAILAND, INDO-CHINA DAN MALAYSIA
CIRI-CIRI :
• Pokok kecil, malar hijau dan boleh mencapai ketinggian 3-5 meter.
• Batang tidak begitu lurus, berdahan banyak dan bercabang-cabang, membentuk silara yang agak rimbun.
• Daun pinat, berukuran 10-35 panjang, terdiri daripada anak-anak daun yang berukuran 2.5-5 cm panjang, 0.5-2.5 cm lebar, asimetri, elips, runcing di hujungnya dan bergirigi halus.
• Infloresennya berjambak-jambak dihujung dahan dan bunganya kecil berwarna putih.
• Buahnya beri, globus, berwarna hijau, bertukar kekuningan dan hitam bila masak.
KEGUNAANNYA :
• Daunnya merupakan penyadap rasa dan sering digunakan dalam masakan kari atau kuih-muih yang berperasa pedas.
• Pucuknya yang masih muda sering dibuat ulam dan dicicah dengan sambal.
• Daun kari mengandungi khasiat makanan yang tinggi terutama vitamin A.



13) DELIMA




NAMA TUMBUHAN : POKOK DELIMA
NAMA SAINTIFIK : PUNIKA GRANATUM
CIRI-CIRI :
• Pokok ini boleh tumbuh hingga 3 ke 4 meter tinggi.
• Daunnya agak kecil dimana daunnya yang muda berwarna kemerahan dan daun yang tua berwarna hijau tua.
• Buahnya bulat dan mempunyai tampuk di bawah seperti manggis.
• Buahnya akan merekah apabila telah masak.
KEGUNAAN :
• Buahnya berguna untuk melawas kencing, menyucikan perut dan menurunkan kepanasan hati.
• Mengubati penyakit kurang mata putih, ambil sedikit air buah delima campurkan sedikit madu, panaskan hingga pekat dan sapukan pada kening.
• Mengubati luka dan benjolan, tumbuk bijinya hingga halus dan campurkan dengan madu
• Untuk menghindarkan sakit mata telan 3 bijinya sekali gus.



14) DUKUNG ANAK




NAMA SAINTIFIK : PHYLLANTHUS NIRURI L
KELUARGA : EUPHORBIACEAE
CIRI-CIRI :
• Pokok ini senang tumbuh ditepi-tepi jalan dan serata tempat lapang.
• Sejenis herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi.
• Cabangnya jenis terbuka dengan daun majmuk
• Bunga dan buahnya amat kecil muncul di bawah daun.
KEGUNAANNYA :
• Air rebusan pokok ini mampu mengubati cirit-birit.
• Ia berupaya melawan penyakit hepatitis B.
• Ia juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi.
• Bagi mengubati penyakit demam kuning (jaundice) ambil secekak daun ini dan masak dengan sedikit susu kambing.
• Ia juga sering direbus dengan tebu hitam, pegaga dan gula batu untuk dijadikan ubat penawar sakit dada bagi mereka yang menghidapi penyakit batuk berdarah.
• Ia juga digunakan untuk masalah ginjal, gonorrhea dan siplis. Jus atau ekstrak akar daunnya yang muda digunakan.



15) GANDA RUSA




NAMA SAINTIFIK : FOLIUM JUSTICIAE
CIRI-CIRI:
• Pokok renek yang tumbuh setinggi 0.6 hingga 1.5 meter.
• Daunnya menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika digosok
• Di tanam secara meluas sebagai pokok pagaran.
KEGUNAAN:
• Daunnya dapat menghapuskan cacing pada kanak-kanak, sengal tulang, sakit perut, busung darah, gonorea dan masalah buah pinggang.



16) GAJUS




NAMA SAINTIFIK :ANACARDIUM OCCIDENTALE
NAMA LAIN :JAGUS , GAJUS, JAMBU GOLOK, KETEREH
FAMILI :LEGUMINASAE
CIRI-CIRI:
• Pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 15 meter.
• Batangnya mempunyai getah yang akan merengsakan kulilt jika terkena.
• Daunnnya berbentuk bulat dihujungnya dan panjangnya sekitar 18 cm dengan lebar antara 5 hingga 7 cm.
• Buah dan bijinya berwarna hijau ketika muda. Buahnya akan menjadi berwarna kuning apabila masak. Teksturnya akan menjadi lembut dan berair. Isi didalam buahnya berwarna putih. Terdapat juga spesies gajus yang mempunya buah yang berwarna merah jambu.
KEGUNAAN:
• Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah.
• Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja.
• Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma.
• Dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.



17) HALIA BARA




NAMA SAINTIFIK :ZINGIBER OFFICINALE CV.
FAMILI :ZINGERBERACEAE
NEGARA ASAL :SELATAN ASIA DAN ASIA TENGGARA.

CIRI-CIRI:
• Daunnya linear dan rizomnya kecil berwarna merah.
• Rasanya pedas dan beraroma.
• Herba berizom dan berumpun.

KEGUNAAN:
• Sebagai penyedap rasa dalam masakan tradisional dan moden.
• Dapat menghilangkan bau hanyir ikan atau daging.
• Dijadikan ramuan jamu,ubat untuk mengurangkan sakit tulang,makanan tidak hadam,sakit perut,melawaskan angin dan memanaskan badan.



18) HEMPEDU BUMI




NAMA SAINTIFIK : ANDROGRAPHIS PANICULA (BURM.F.) WALL EX. NEES
KELUARGA : ACANTHACEAE
NAMA TEMPATAN : POKOK AKAR CERITA
CIRI-CIRI:
• Selalunya tumbuh menegak dan sejenis herba semusim serta mudah ditemui tumbuh meliar di tanah terbiar dan padang rumput
• Tingginya boleh mencapai 60-70 cm.
• Batangnya empat segi dan daunnya berwarna hijau pekat.

KEGUNAAN:
• Air rebusannya diminum bagi mengubati kencing manis dan tekanan darah tinggi
• Daunnya sesuai digunakan pada kulit gatal dan yang kena gigitan serangga.
• Di India, ia merupakan tonik yang amat berkesan bagi berak berdarah dan cirit birit.
• Jus daunnya dicampur rempah dan dijadikan palet yang kecil diberikan kepada bayi bagi mengatasi masalah sakit perut, berak tidak menentu dan hilang selera makan.
• Bagi masyarakat Cina herba ini diminum sebagai tonik bagi merawat sakit tekak, demam dan demam selsema.
• Ia juga dikatakan berpotensi bagi merawat penyakit jantung dan kanser.



19) INAI




NAMA SAINTFIK :LAWSONIA INERNIS

CIRI-CIRI:
• Pokoknya boleh mencapai sehingga 4-5.
• Daunnya hijau tua dan kecil.

KEGUNAAN:
• Bagi merawat cagu kuku ambil beberapa helai daun tumbuk hingga lumat dan pupukkan di tempat yang sakit sehingga sembuh.
• Ia juga menjadi rambut kelihatan segar dan bersinar. Tumbuk daun hingga lumat rebus hingga mendidih dan bila telah suam,siramkan pada rambut perlahan-perlahan. Bilas dengan air bersih dan amalkan seminggu sekali.



20) JARAK PAGAR





NAMA SAINTIFIK: JATROPHA CURCAS
CIRI-CIRI:
• Boleh didapati di tempat-tempat kering tanah dan banyak ditemui di negara ini.
• Mempunyai buah dan daunnya mempunyai getah.

KEGUNAANNYA:
• Pokok jarak belanda boleh ubati seliuh, bisul dan seriawan mulut.
• Seliuh: CARANYA; beberapa helai daunnya perlu ditumbuk halus sebelum dipupuk di tempat yang mengalami seliuh.
• Kesannya lebih baik jika dipupuk sejurus berurut dan dibalut bagi membolehkannya memecah darah beku disamping membuang angin dan melancarkan semula perjalanan darah.
• Bisul:CARANYA; ambil buahnya yang telah matang,kopek untuk mendapatkan cecair seumpama minyak di dalamnya dan disapukan disekeliling mata bisul.
• Seriawan mulut:CARANYA; menyapunya dengan getah yang mengalir daripada daun jarak belanda.



21) JARUM TUJUH BILAH




NAMA SAINTIFIK : PERESKIA SAECNAROSA
CIRI-CIRI:
• Popular dikalangan masyarakat Cina , malah dikenali sebagai pokok 1,001 khasiat.
• Daunnya mempunyai lendir tetapi tidak berasa pahit,sebaliknya tawar.

KEGUNAAN:
• Dipercayai boleh mencegah atau melawan sebarang jens barah daripada menyerang seseorang.
• Selain mencegah daripada diserang barah dan pelbagai penyakit lain , daunnya juga dikatakan boleh digunakan untuk menghindari sakit atau pening kepala, mengurangkan lenguh-lenguh serta menyegarkan badan.
• CARANYA: ambil daunnya dan kemudian dimakan mentah satu atau dua helai sehari samada dikunyah begitu saja atau dijadikan ulam.
• Memakan daun pucuk muda adalah lebih baik kerana ia tidak mengeluarkan banyak cecair.



22) KADUK




NAMA SAINTIFIK :PIPER SARMENTOSUM
FAMILI :PIPERACEA
NAMA LAIN :KADUK KAMPONG
NEGARA ASAL :ASIA TENGGARA
CIRI-CIRI :
• Herba merayap, kadang-kadang sehingga menutup bumi di tempat-tempat yang lembap dan teduh.
• Daun berwarna hijau tua, berkilat dan urat-urat daunnya jelas.
• Petiol 1.5-2.5 cm panjang, infloresen spika 1 cm panjang, bunga halus bersesek pada spika berwarna putih.
• Buah drup berwarna hijau dan bertukar merah bila masak.
KEGUNAAN :
• Sayuran tradisional dan sering dimakan sebagai kerabu, digunakan dalam nasi ulam, sambal tempoyak daun kayu dan dimasak sebagai penyedap rasa.
• Kaduk mempunyai khasiat yang tinggi.



23) KANTAN




NAMA SAINTIFIK : PHEAOMERIA IMPERIALIS
NAMA LAIN : GINGER FLOWER
FAMILI : ZINGIBERACEAE
CIRI-CIRI :
Kantan diklasifikasikan sebagai rempah atau perasa dalam masakan. Ia biasa ditanam dihalaman rumah terutamanya tempat yang agak lembab. Kantan membiak melalui dua cara iaitu pecahan rizom(anak) dan biji benih.Namun pembiakan melalui biji benih agak jarang dan sukar dilakukan.Digunakan sebagai perasa dalam masakan tertentu. Bunganya pula menjadi bahan perencah yang penting terutamnya untuk laksa dan masakan asam pedas. buahnya boleh digunakan untuk menghasilkan rasa masam dalam masakan seperti gulai ikan menggantikan asam keping atau asam jawa.
KEGUNAAN :
Pokoknya juga boleh menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin.Untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat, Rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk.Untuk menghilangkan rasa kurang bermaya dan hilang selera makan, bijinya ditumbuk hingga lumat, toskan untuk mendapatkan airnya dan dicampurkan dengan segelas air suam dan diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur.



24) KAPAL TERBANG




NAMA SAINTIFIK : CROMOLAENA ADORATA
NAMA TEMPATAN : POKOK JEPUN
CIRI-CIRI :
• Tumbuh secara meliar, ditepi-tepi jalan,sekeliling rumah ladang getah dan lain-lain.
KEGUNAANNYA:
• Sesuai digunakan untuk merawat luka atau kesan terbakar pada kulit.
• Caranya: ambil beberapa helai daun, bersihkan dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian tampal pada tempat luka tersebut.



25) KELADI




NAMA SAINTIFIK : COLOCASIA ESCULENTA
FAMILI : ARACEAE
NEGARA ASAL : ASIA TENGGARA DAN SELATAN ASIA TENGAH.
CIRI-CIRI:
• Herba saka berumpun dan ditanam senagai tanaman semusim.
• Daunnya berlobus bundar, infloresen berpedunkel dan berwarna kekuningan.
• Pada pangkal rumpun,tumbuh sulur anak atau stolom.
• Umbisisnya berbentuk silinder bujur, isinya berwarna putih, kekuningan atau keungguan.
KEGUNAAN:
• Keladi menjadi makanan tambahan samada direbus, dibuat pengat,kuih atau makanan kudapan.
• Pucuk,petiol dan sulur keladi merupakan sayuran tradisional seperti asam pedas dan ramuan dalam masakan air tawar.
• Isi keladi mengandungi kanji yang halus dan mudah dicernakan.



26) KEEMBONG



NAMA SAINTIFIK : IMPATIENS BALSAMINA
NAMA LAIN : BALSAM
KELUARGA : BALSAMINACEAE
CIRI-CIRI:
• Bunga berwarna merah seakan-akan bunga ros.
• Mengeluarkan buah yang meletup selepas masak.
KEGUNAAN:
• Digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat bisa binatang tersebut sementara menunggu rawatan rapi.
• Daun dan bunga keembong boleh digunakan untuk merawat cagu atau kuku bernanah, menghentikan perdarahan luka.
• Melegakan sakit-sakit sendi, sakit gigi, kembung perut dan sebagainya



27) KIAMBANG




NAMA TUMBUHAN : KIAMBANG
NAMA SAINTIFIK : PISTIA STRATIOTES
CIRI-CIRI:
• Sejenis tumbuhan yang senang dikenali dan mudah ditemui.
• Hidup segar di kawasan berair seperti kolam,tasik atau paya air tawar.
• Sejenis tumbuhan yang merayap di atas air dan cepat membiak
• Mempunyai akar yang bukan hanya banyak tetapi berserabut.
KEGUNAAN:
• Menjadi pilihan untuk menghias halaman rumah dengan kolam atau pasu berisi air.
• Mempunyai khasiat untuk merawat luka.
• Caranya: ambil beberapa helai daun yang segar dan rebus sehingga mendidih.
• Bila sudah suam alirkan air rebusan di tempat yang luka. Ia boleh menyekat pengaliran darah keluar.
• Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pencuci pakaian yang terkena kotoran minyak.
• Caranya: ambil beberapa helai daun yang segar dan rendamkan dalam sebekas air selama beberapa minit.
• Kemudian rendam pakaian yang terkena kotoran berminyak selam beberapa minit dan bilaskannya.



28) KUCAI




NAMA SAINTIFIK : ALLIUM SCHOENOPRASUM L.
CIRI-CIRI:
• Menyerupai pokok bawang berasal dari keluarga lili
• Tumbuhan ini tengik baunyan tetapi enak dimakan sama ada sebagai sayur atau ulam.
• Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang
KEGUNAAN:
• Boleh menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.
• Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah.
• Mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit
• Bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan dan pengembangan usus.



29) KUNYIT




NAMA SAINTIFIK : CURCUMA DOMESTICA LOIR
KELUARGA : ZINGIBERACEAE
CIRI-CIRI:
• Daunnya lebar dan runcing, tumbuh berumpun berselang seli,berwarna hijau dan agak lembut.
• Rizomnya mampat,berisi dan bercabang dalam sudut tepat bagi membentuk ketulan yang padat.
• Rizomnya ini beraroma, kulitnya berwarna oren-coklat dan bahagian isi berwarna oren cerah.
KEGUNAAN:
• Boleh digunakan dalam campuran masakan.
• Digunakan oleh wanita bersalin atau mereka yang mengalami luka-luka dalaman.
• Merawat luka-luka di kaki yang lambat sembuh-ambil sedikit ibu kunyit dan masak dengan minyak masak bersama asam keeping dan beberapa biji manjakani-bila sudah sebati tunggulah sehingga suam dan sapukan di tempat-tempat yang luka.
• Bagi masyarakat India ia dianggap ssebagai antibiotik.
• Kunyit yang dicampurkan dengan susu dan gula yang telah direbus sesuai untuk meawat selsema.
• Apabila ia dicampurkan dengan minyak bijan dan madu ia juga berguna sebagai tonik.



30) KUNYIT HITAM




NAMA TEMPATAN : KUNYIT HITAM
NAMA SAINTIFIK : CURCUMA CAESIA
NAMA LAIN : KALI HALDI(INDIA), BLACK TURMERIC,
FAMILI : ZINGIBERACEAE

CIRI-CIRI:
Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang begitu jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sesetengah kepercayaan menganggap kunyit ini mempunyai nilai mistik. Di India kunyit ini ditanam secara kormesial kerana nilai perubatannya.
KEGUNAAN:
Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan usia seseorang.



31) LEMPOYANG




NAMA SAINTIFIK : ZINGIBER ZERUMBET
NAMA LAIN : ZINGEBER ZERUMBET,PINECONE GINGER,
FAMILI : ZINGIBERACEAE
CIRI-CIRI :
Lempoyang biasa tumbuh liar dikawasan semak samun. ianya dari jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan/liar.Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan.Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah dan tercacak seperti bunga kantan.Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun
KEGUNAAN :
Untuk membersihkan kulit muka isi lempoyang sepanjang ruas ibu jari dibersihkan dan diparut. ianya kemudianya direbus bersama air , ditapis dan diminum airnya untuk mencantikkan kulit.Airnya boleh juga dicampur gula batu atau madu. selain itu isi lempoyang juga boleh digunakan untuk menambah selera makan.



32) LENGKUAS




NAMA TUMBUHAN : LENGKUAS
NAMA SAINTIFIK : ALPINIA GALANGA
CIRI-CIRI:
• Ia ditanam dikawasan lembap.
• Batang warna hijau, lembut, berempulur dan mempunyai ubi.
• Daun muda tumbuh daripada batang pokok yang tua.
• Bentuk daunya memanjang dengan bahagian hujung tajam seperti tombak.
• Menghasilkan ubi berwarna merah jambu air dan kuning pucat serta mempunyai rasa pedas. Ubi yang tua akan menjajadi berserat dan keras serta mengeluarkan bau harum yang kuat.
KEGUNAAN:
• Boleh dihiris atau dijadikan serbuk, ubi ini antiseptik dan amat berguna untuk mengubat demam, sakit kepala, cirit birit, selepas bersalin, menguatkan penghadamann, menghapuskan cacing gelang, membersihkan darah serta sakit sewaktu datang haid.



33) LIMAU KASTURI




NAMA SAINTIFIK : X CITROFORTUNELLA MICROCARPA(BUNGE)
FAMILY : RUTACEAE
NEGARA ASAL : CHINA
CIRI-CIRI:
• Pokok kecil setinggi 2-5 meter.
• Daunnya 3-8 cm panjang 1-3 cm lebar, berwarna hijau tua dan beraroma
• Buah subglobus, 2-3 cm diameter, berwarna hijau semasa muda dan kekuningan apabila masak.
• Isi berjus rasanya masam.
KEGUNAAN:
• Jus perahan limau ini sering digunakan sebagai penyedap rasa dalam masakan seperti mi, bihun, laksa, ikan bakar dan ramuan dalam resipi sambal.
• Limau kasturi mempunyai vitamin C yang agak sederhana. Jusnya dibuat minuman dan popular sebagai perasa dalam minuman teh limau.
• Khasiatnya dapat mengurangkan batuk, ekspektoran dan sebagai laksatif.



34) LIDAH BUAYA




NAMA SAINTIFIK : ALOEVERA(L.) BURM.F.
KELUARGA : LILIACEAE

CIRI-CIRI:
• Tumbuh setinggi 45-50 cm
• Daunnya berisi, berwarna hijau, dipenuhi bintik-bintik bulat dan tepi daunnya tajam berduri.
KEGUNAAN:
• Ia mengandungi sebatian penghalang kesakitan, yang dapat melegakan sakit, menyembuhkan kecederaan akibat melecur, luka-luka dll.
• Kaya dengan nutrient, yang dapat mengawet, mengekalkan dan menggalakkan aktiviti sel dalam tubuh.
• Terdapat pelbagai produk di pasaran, terutamanya makanan tambahan, ekstrak, minuman/jus, krim muka, gel, syampu dank rim antiseptic aloe untuk kulit melecur



35) MAK DATIN




NAMA SAINTIFIK : PERESKIA SACHAROSA/SAECNAROSA
FAMILI : CACTACEAE
NAMA LAIN : MAK DATIN
NEGARA ASAL :KOREA SELATAN
CIRI-CIRI:
• Ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.
• Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak
KEGUNAAAN:
• membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
• Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum



36) MAS COTEK




NAMA TUMBUHAN : MAS COTEK
NAMA SAINTIFIK : FICUS DELTIODEA
KELUARGA : MORACEAE
NAMA LAIN : SEMPIT- SEMPIT ,DELIMA SUDIP, SERAPAT ANGIN,
CIRI - CIRI :
• Tumbuhan tersebut mempunyai bintik-bintik halus berwarna emas(kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun.
• Sejenis tumbuhan meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit).
• Terdiri dari jenis jantan dan betina dengan pelbagai bentuk daun mengikut habitat asalnya.
KEGUNAAN :
• Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya.
• rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.
• Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.



37) MELUR




NAMA TUMBUHAN :BUNGA MELUR
NAMA SAINTIFIK :JASMINEUM SAMBAC
CIRI-CIRI :
• Bunga berwarna putih dan berbau harum
• Mempunyai daun hijau berkilat.
• Boleh ditanam samada dalam pasu atau dihalaman rumah.
KEGUNAAN :
• Bunganya dapat menghasilkan minyak wangi.
• Daunnya dapat merawat demam panas dan panau.
• CARANYA: ambil beberapa helai daun, dicampur dengan beras dan seulas bawang merah dalam sebekas air. Kemudian ambil airnya untuk basuh kepala dan selepas itu lapkannya diseluruh badan.
• Panau pula, ambil beberapa helai daun yang telah dibersihkan dan gosokkan pada tempat yang dijangkiti panau.



38) MISAI KUCING




NAMA SAINTIFIK : ORTHOSIPHON STAMINENS, BENTH
KELUARGA : LAMIACEAE
CIRI-CIRI :
• Sejenis pokok herba renek, ia tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter
• Bunganya bewarna putih kebiru-biruan dengan filament yang panjang seperti misai kucing

KEGUNAAN :
• Ia berfungsi untuk mengubati penyakit pundi kencing dan ginjal.
• Ia juga digunakan bagi merawat penyakit gout, kencing manis dan sakit reumatik.
• Daunnya digunakan sebagai deuretik dan untuk merawat pundi kencing.
• Air rebusannya digunakan untuk memecahkan batu karang dalam pundi kencing.



39) PANDAN WANGI




NAMA SAINTIFIK : PANDANUS AMERYLLIFOLIUS
FAMILY : PANDANACEAE
CIRI-CIRI
• Herba berumpun setinggi 1-2 meter
• Batangnya mudah terkulai dan terdapat akar-akar angin.
• Daunnya linear induplikat, berwarna hijau tua, glaukus di permukaan bawah daun dan beraroma bila diramas.
• Daun ini tumbuh roset disekeliling batang sehingga batangnya tidak kelihatan
KEGUNAANNYA:
• Daunnya digunakan dalam berbagai-bagai resepi masakan dan sajian kuih-muih bukan sahaja sebagai pewarna tetapi juga aroma yang boleh merangsang selera.Daunnya dihiris nipis adalah ramuan bunga rampai



40) PATAWALI




NAMA SAINTIFIK :TINOSPORA CRISPA
CIRI-CIRI :
• Boleh ditemui di dalam hutan.
KEGUNAAN :
• Air rebusan akhirnya mampu mengawal paras gula dalam darah.
• Patinya boleh membebaskan hormone insulin sekali gus meningkatkan penggunaan glukosa oleh tisu badan.
• Ia juga dipercayai mampu mengembalikan tenaga batin lelaki yang telah berusia.



41) PEGAGA




NAMA SAINTIFIK : CENTTELLA ASIATICA
KELUARGA :UMBELLIFERAE / APIACEAE
CIRI-CIRI:
• Biasanya tumbuh meliar, jenis merayap, semusim, berbatang halus panjang dan daunnya berbentuk ginjal.
• Boleh ditemui dicelah-celah rumput di tanah yang subur dan bersaliran baik.
• Bunganya berwarna merah jambu kemerah-merahan, muncul dalam tangkai bunga yang kecil bulat berhampiran dengan permukaan bumi.
KEGUNAAN:
• Secara tradisional ia dimakan mentah bagi membaiki masalah peghadaman dan merawat buasir.
• Air perahannya diminum sebagai tonik untuk menyihatkan badan, menyejukkan badan, menyembuhkan lelah, demam, masalah hati, cirit berdarah dan masalah buah pinggang.
• Air perahannya juga sering digunakan secara luaran untuk membersihkan dan menyembuhkan kudia, ulser, luka dan masalah kulit
• Minuman penyejuk badan oleh orang cina.
• Tonik untuk otak oleh orang India



42) PUDING HITAM




NAMA SAINTIFIK :GRAPTOPHYLLUM PICTUM(L) GRIFF
FAMILI :ACANTHACEAE
NEGARA ASAL :NEW GUINEA DAN KEPULAUAN PASIFIK

CIRI-CIRI:
• Pokok renek yang mencapai ketingggian 2 meter.
• Batangnya licin,lembut dan berwarna perang keungguan.
• Daun lanseolat,10-18 cm panjang,5-7 cm lebar,berwarna ungu kehijauan dan bertompok-tompok kemerahan keunguan di tengah-tengah daun
• Infloresen terminal,berjambak-jambak dengan bunga berwarna keunguan.
• Kultivar yang seakan-akan sama,mempunyai batang berwarna kuning,daun berwarna hijau dan tompok-tompok kuning di tengah-tengah daun

KEGUNAANNYA:
• Pucuk atau daun mudanya sering menjadi ramuan dalam sambal tempoyak daun kayu manakala dalam resepi masakan tradisional digunakan sebagai penyedap rasa.
• Seduhan daripada daun renek ini dikatakan dapat melawaskan perut dan diuretik.



43) PISANG HUTAN




NAMA TUMBUHAN :PISANG HUTAN
NAMA SAINTIFIK :MUSA ACUMINATA
CIRI-CIRI :
• Tumbuh meliar di hutan-hutan dan buahnya berbiji banyak.
• Kemandulan betina dan partenokarpi berlaku pada pisang hutan ini lalu menyebabkan buahnya tidak berbiji.
KEGUNAAN :
• Pisang juga dianggap ubat tradisional, buah yang muda, terutama yang kelat dapat mengurangkan ulser mulut dan cirit-birit.



44) SAMBUNG NYAWA




NAMA TUMBUHAN : SAMBUNG NYAWA
NAMA SAINTIFIK : GYNURA PROCUMBEUS
CIRI-CIRI:
• Boleh didapati di kawasan yang lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran paya.
• Mudah hidup jika ditanam dan tidak perlu penjagaan rapi, kecuali perlu penyiraman air secukupnya bagi menggelakkan mati.
KEGUNAANNYA:
• Dipercayai mempunyai khasiat yang mampu mencegah dan menghilangakan sakit kepala atau mengurangkan tahap serangannya.
• Caranya; Cuma perluy memakannya satu atau dua keping daunya setiap hari samada dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam.
• Pengambilan pucuk daun lebih baik kerana rasanya lebih lemak berbanding daun matang.



45) SELASIH DANDI




NAMA SAINTIFIK : STACHYTARPHETA JAMAICENSIS (L.) VAHL.
NAMA LAIN : POKOK CAWAN MINYAK, RUMPUT TAHI BABI,
FAMILI : VERBENACEAE
CIRI-CIRI:
• Sejenis rumpai yang biasa menguasai sesuatu kawasan lapang seperti kawasan pertanian.
• sejenis tumbuhan yang mudah membiak dari biji benihnya yang tersebar ke persekitaran.
• Daunnya tersusun secara berselang dengan permukaan daun berkedut.
• Tepi daunnya bergerigis.
• Bunnya tersusun pada tangkai bunga yang panjang.
• Bunganya kecil berwarna ungu tua.
KEGUNAANNYA:
• Ia digunakan sebagai ubat luka.
• Daunnya dilumatkan hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang luka.
• Tumbuhan ini dikatakan bersifat sejuk dan mempunyai rasa yang pahit.
• Bahagian yang biasa digunakan dalam perubatan ialah keseluruhan bahagian tumbuhan.
• Di Brazil, India , Bahamas dan beberapa negara lagi tumbuhan ini di jadikan ubat untuk merawat selsema dan demam.
• Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal pada kulit.



46) SERAI




NAMA TUMBUHAN : POKOK SERAI
NAMA SAINTIFIK :CYMBOPOGON CITRRATUS
CIRI-CIRI :
• Sering digunakan dalam masakan, ia menambahkan aroma masakan.
KEGUNAAN :
• Daunnya ditumbuk lumat dan dipupuk pada dahi akan meredakan sakit dan ketegangan kepala. Malahan bisa-bisa badan atau sengal sendi-sendi mampu diubati dengan cara-cara tersebut.
• Air perahannya pula berkesan mengelakkan gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit.
• Bagi mereka yang tidak lawas membuang air kecil boleh meminum air rebusan daun dan akar serai. Malahan ia mencegah daripada kembung.
• Patinya pula boleh digunakan sebagai pewangi untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.



47) SERAI WANGI




NAMA SAINTIFIK : CYMBOPOGON NARDUR (L) RENDLE
KELUARGA : GRAMINAE
CIRI-CIRI :
• Serai wangi adalah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi.
• Ia mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1-1.5 meter tinggi.
KEGUNAAN :
• Minyak meruap dari serai wangi diberikan dalam dos yang kecil bagi melegakan perut dan membantu penghadaman.
• Campuran air rebusan serai wangi, gandarusa dan daun sirih digunakan sebagai cucian selepas bersalin.
• Di Afrika Selatan, serai wangi digunakan sebagai ubat cacing dan penawar untuk selsema.
• Ia boleh digunakan untuk menghalau nyamuk ( dalam industri biopestisida ) dan pembuatan pewangi dan sabut (dalam industri kemasan diri ).



48) SIRIH




NAMA SAINTIFIK : PIPER BETLE L.
NAMA LAIN : SIRIH JAWA, BETEL LEAF
FAMILI : PIPERACEAE
CIRI-CIRI:
• Tanaman ini boleh mencapai tinggi 15 m.
• Batang sirih berwarna coklat kehijauan,berbentuk bulat, beruas dan merupakan tempat keluarnya akar.
• Daunnya yang tunggal berbentuk jantung, berujung runcing, tumbuh berselang-seling, bertangkai, dan mengeluarkan bau yang sedap bila diramas.
• Panjangnya sekitar 5 - 8 cm dan lebar 2 - 5 cm.
KEGUNAANNYA:
• Di India, sirih digunakan untuk mengubati penyakit di mulut, tekak dan lapisan perut.
• Di Afrika Timur, daunnya digunakan untuk ulser bernanah dan jusnya untuk selsema serta penyakit radang kerongkong.
• Masyarakat Filipina menggunakan sirih untuk mengubati masalah gastrik dan penyakit paru-paru yang dihadapi oleh kanak-kanak.
• Di Kemboja, daun sirih yang ditumbuk dijadikan losyen mandian untuk mengubati penyakit seperti demam, demam campak, kelenjar membesar dan lymphagitis.
• Sementara di Indonesia, daunnya yang segar dicampurkan ke dalam bahan-bahan perubatan lain sebagai ransangan antiseptic, gatal-gatal, astringen dan aphrodisiac.



49) SENDUDUK




NAMA SAINTIFIK : CLIDEMIA HIRTA
NAMA LAIN : SENDUDUK BULU, SOAPBUSH
FAMILI : MELASTOMATACEAE
LOKASI DIJUMPAI : TUMBUHAN LIAR


CIRI:
• Senduduk paksa merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasanya dijumpai tumbuh liar dikawasan semak samun dan belukar.
• Batang dan daunnya mempunyai bulu-bulu halus yang kesat.
• Permukaan daun berwarna hijau berkilat dan daunnya berbentuk bujur. Daunnya lebar dan meruncing dibahagian hujung.Urat daun kecil dan banyak dan ia membentuk petak diatas daun.
• Bunganya muncul dalam bentuk jambak dihujung ranting.Bunga yang biasa dijumpai berwarna putih atau merah jambu samar.
• Buahnya berbentuk bulat dan berbulu halus. Warnanya hijau ketika muda dan akan menjadi hitam berkilat apabila ranum.

KEGUNAAN:
• Dalam perubatan tradisional melayu dan asli, senduduk paksa digunakan untuk mengubat penyakit sawan. Kaedah yang digunakan ialah dengan mengambil secekak daunnya dan disapukan dengan minyak kepayang. daun ini ditempekkan pada ubun-ubun kanak-kanak setiap pagi sehingga sembuh.
• Selain itu ia juga digunakan untuk mengubat luka. Daunnya dilayurkan pada api dan digentel untuk mengeluarkan getahnya. Getah ini kemudiannya disapukan pada bahagian yang luka.



50) TEMBAGA SUASA




NAMA SAINTIFIK : CRINUM ASIATICUM
KELUARGA : AMARYLLIS.
NAMA LAIN : POKOK BALUNG
CIRI-CIRI :
• Merupakan sejenis pokok beracun
• Pokok ini mempunyai kelebaran 5 kaki - 8 kaki apabila matang.
• Memerlukan banyak cahaya matahari.
• Rupa daun pokok tembaga suasa ini seakan akan pokok lili putih cuma saiz daunnya lebar, panjang dan tebal ,berwarna hijau sedikit pudar dan berpermukaan yang kesat.
Ketinggian tumbuhan ini boleh mencapai 1 meter dan berbunga besar berwarna putih.
• Cara penanamannya seperti pokok sambung nyawa.
KEGUNAAN :
Tembaga Suasa ini pokok yang amat sesuai untuk mengubati bengkak-bengkak di luar badan atau alternatif lain untuk membalut bahagian yang patah.
Caranya hanya layarkan sahaja daunnya di atas api yang sederhana dan melekapkan di bahagian yang bengkak atau patah.



51) TEMULAWAK




NAMA SAINTIFIK : CURCUMA XANTHORRHIZA
NAMA LAIN : NAMA FARMASEUTIKAL-RHIZOMA CURCUMA XANTHORRHIZAE,SHU KUAT KEUNG WONG(KANTONIS),
FAMILI : ZINGIBERACEAE
LOKASI DIJUMPAI : INDIA, SOUTHERN PART OF CHINA, AFRICA
CIRI-CIRI :
Tumbuhan hampir menyerupai kunyit ini mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya.Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2m dan biasa didapati dikawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis. mengandungi sebatian volatile oil(6-11%),curcuminoids(62%) dan starch(30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari.
KEGUNAAN :
Temu lawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita



52) TETULANG




NAMA SAINTIFIK : EUPHORBIA TIRCALLI
NAMA TEMPATAN : TULANG-TULANG
CIRI-CIRI :
• Tetulang langsung tidak berdaun apa lagi berbuah.
• Bentuk batang dan ranting pokok tetulang adalah panjang dan membulat.
• Susunan dahan ranting dahannya seolah-olah rangka tulang manusia.
KEGUNAAN :
• Berkhasiat dan berkesan untuk merawat bisul, kesan bengkak dan juga kepatahan tulang.
• Khasiat tumbuhan ini tertumpu pada cecair getah berwarna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya.
• Tetapi untuk merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan ranting dahannya yang segar atas api yang sederhana besar.
• Caranya: layurkan atas api dalam beberapa minit dan bila kepanasan reda sedikit, tuapkan ranting ini pada tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah. Kemudian balutkan dengan kain bersih.



53) TONGKAT ALI




NAMA SAINTIFIK : EURY LONGIFOLIA JACK
KELUARGA : SIMAROUBACEAE
CIRI-CIRI:
• Selalu tumbuh meliar dikaki-kaki bukit dan boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter.
• Biasanya daunnya rimbun pada hujung batang .
• Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang yang keluar dari pangkal daun.
• Lazimnya pokok tongkat ali sukar untuk dicabut dengan tangan.
KEGUNAAN:
• Sesuai untuk menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak.
• Cara menggunakannya ialah dengan mengambil akarnya lalu dibersihkan dan dikeringkan
• Akar tersebut diracik-racik halus. Ambil sedikit sahaja akar yang diracik dan rendamkannya kedalam segelas air suam.
• Ia perlu ditapis dahulu sebelum diminum.



54) UBI KAYU




NAMA SAINTIFIK : MANIHOT ESCULENTA CRANTZ
KELUARGA : EUPHORBIACEAE
NAMA LAIN : UBI BENGGALA, UBI BELANDA DAN CASSAVA
CIRI-CIRI:
• Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan
• Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah
• Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam.
• Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.
KEGUNAAN:
• Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan.
• Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.



55) YESTERDAY,TODAY,TOMORROW




NAMA TEMPATAN :YESTERDAY, TODAY, TOMORROW
NAMA SAINTIFIK :BRUNFELSIA PAUCIFLORA
NAMA LAIN :BRUNFELSIA BIRU,MORNING-NOON-AND-NIGHT
FAMILI :SOLANACEAE
CIRI-CIRI:
Pokok renek ini boleh tumbuh pada ketinggian hingga 9 kaki. bunganya berwarna ungu tua yang akan berubah menjadi ungu muda(lavender) dan akhirnya menjadi putih. bunya mempunyai lima kelopak dan berbau harum. pokok ini biasanya dijadikan tumbuhan laman dan hiasan taman.Tumbuhan ini membiak melalui keratan batang namun ia juga boleh menghasilkan buah(jarang-jarang dijumpai). Ia memerlukan air yang banyak dan suka kepada tempat yang agak redup.
Pokok ini tergolong dalam ketagori tumbuhan beracun, jika termakan ia boleh menyebabkan pengeluaran air liur yang berlebihan ,sesak nafas,sawan, anak mata membesar dan pucat lesi
KEGUNAAN:
Selain dari kesan aromaterapi yang boleh menenangkan dari baunya yang harum, tiada khasiat perubatan yang diperolehi untuk spesies ini.