29 November 2010

SIMBOL BAHAN LETUPAN


TAJUK: SIMBOL BAHAN LETUPAN.

OBJEKTIF

Untuk menerangkan simbol-simbol bahan letupan dan tindakan awal yang  dilakukan jika berlaku kebakaran.

TARAF PENGETAHUAN

A

RUJUKAN

PENDAHULUAN

         Bahan-bahan letupan adalah salah satu dari bahan yang dianggap bahaya dan mudah terbakar. Disamping itu kebakaran yang terjadi boleh menyebabkan kemusnahan yang teruk terhadap kawasan yang terlibat dan sekitarnya . Oleh itu setiap ahli Bomba perlulah mengetahui sifat-sifat bahan letupan ini serta tindakan-tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

          Bahan-bahan ini terbahagi kepada empat divisyen berdasarkan sifat-sifat bahan letupan  itu sendiri apabila ianya terbakar.

a.       FIRE DIVISYEN 1

          i.   Sifat-Sifat Bahan Letupan.
        
                Bahan letupan yang pasti akan meletup secara besar-besaran sebaik sahaja terkena api yang akan menghasilkan kerosakan besar kepada struktur bangunan dan bahaya besar kepada kawasan sekeliling yang berdekatan.

           ii.  Tindakan

  1.  Diperingkat awal, gunakan peralatan melawan kebakaran yang disediakan
  2.  Kendalikan renchers ( jika dipasang ) dibanggunan yang terlibat sertata di banggunan - banggunan  yang berhapiran 
  3. Jika kebakaran tidak dapat dikawal, keluar dari kawasan tersebut dan cari perlidungan di tempat selamat.
  4. Cegah api dari merebak ke banggunan yang berhampiran dengan menggunakan  semburan air 
  5. Semua anggota yang tidak berkenaan dilarang memasuki kawasan tersebut.

b.         FIRE DIVISYEN 2

i.          Sifat-Sifat Bahan Letupan

Bahan letupan yang mungkin akan meletup secara besar-besaran. Tetapi jika dibandingkan dengan letupan kelas 1 ianya boleh dijilat api lebih lama sedikit sebelum meletup. Mempunyai bahaya serpihan dan blast.

ii.         Tindakan .

1.         Diperingkat awal, gunakan kelengkapan melawan kebakaran yang disediakan,

2.         Kendalikan drenchers ( jika dipasang ) dibanggunan   yang  terlibat    serta di banggunan - banggunan yang berhapiran .

3.         Jika kebakaran tidak dapat di kawal, terus melawan kebakaran disebalik perlindugan.

4.         Cegah api dari merebak ke banggunan yang berhampiran  dengan menggunakan semburan air.

5.         Sejukkan bahan-bahan yang mungkin akan terbakar disebabkan terkena  serpihan panas, peluru atau agen-agen pembakaran yang lain dengan air.

c.         FIRE DIVISYEN 3

i.          Sifat-Sifat Bahan Letupan .

            Bahan letupan yang mudah terbakar dan akan membakar dengan ganas tetapi tidak semestinya meletup secara besar-besaran. Mempunyai bahan serpihan atau blast yang sederhana.

ii.         Tindakan

1.         Di peringkat awal, gunakan kelengkapan melawan kebakaran yang disediakan.

2.         Kendalikan drenches { jika dipasang } di banggunan yang terlibat serta di banggunan-banggunan yang berhampiran.

3.         Jika kebakaran tidak dapat di kawal, tumpukan, melawan kebakaran dan cegah api dari merebak dengan menyembur air ke kawasan sekitar.

4.         Gunakan pakaian perlindung sepenuhnya jika terdapat bahang atau radiasi.

5.         Semua anggota yang tidak berkenaan dilarang memasuki kawasan tersebut.

d.         FIRE  DIVISYEN 4

I.          Sifat-Sifat Bahan Letupan .

Bahan letupan yang mempunyai bahaya kebakaran yang sederhana sahaja. Tidak mempunyai bahan serpihan atau blast.

ii.         Tindakan.

1.         Diperingkat awal, gunakan kelengkapan melawan kebakaran yang di sediakan .

2          Kendalikan drenches { Jika dipasang } dibanggunan yang terlibat serta .di banggunan - banggunan yang berhapiran.

3.         Jika kebakaran tidak dapat dikawal, ambil perlindungan yang perlu dan gunakan semburan air tanpa henti.

4.         Gunakan spray untuk menghampiri kawasan tersebut,

5          Semua anggota yang tidak berkenaan dilarang memasuki kawasan tersebut.

e.         SIMBOL DAMPINGAN

Terdapat empat simbol sampingan untuk keselamatan semasa menghampiri  kawasan tersebut yang perlu diberi perhatian iaitu,
           
                        i).         Radiological hazard - Kawasan simpanan  bahan radioaktif

                        ii).        Breathing apparatus to be own -  Pakai alat penafasan .

                        iii).       Protective clothing to be own - Pakai balang pelindung keselamatan.

                        iv).       No water to be own – Dilarang menggunakan air.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan