Buat Celcom Broadband Jadi Laju
Bukan sehari bukan dua hari bukan tiga hari tapi dah berhari bulan ganti bulan tahun ganti tahun dah celcom broadband punye service still cikai ... kekadang terluah juga kata2 makian di wall wall facebook aku .. bukan apa aku ni orang miskin apabila aku bayar dengan kadar yang aku rasa tak sepatutnye service macam ni.. jadi kesabaran itu hilang maka muncullah kata kata makian yang berhikmat...
Sebenar bukan nak marah pasal murah mahal tapi yang aku tak puas hatinya contohnya aku guna prepaid aktif 1 minggu bandwith 2gb .. TAPI yang aku dapat main kira2 dalam 400mb jer yang lain nyer semua habis kerana aku refresh page jer .. korang faham2 jer lar apabila page 400kb kalau 5000 kali refresh dah berapa kali juta kb dah .. memang betul aku mana lar nak tipu korang gambar pun ada sebagai bukti kat atas line 4 baris tapi nak balas komen orang kat facebook pun kena refresh dua tiga belas kali..bukan pakai handphone ni pakai modem zte yang diorang kata paling laju la konon.. haa jadi korang faham2 sendirilah bila kita bayar nasik sepingan rm4 tapi boleh makan sesuap jer mesti tak puas ati kan??
TAMAT BINGKISAN HATI BERBALIK KEPADA TOPIK INI
hurmm ini ada petua sedikit dari aku yang baru aku dapat seminit dua tadi ..iaitu cara-cara nak laju kan sedikit celcom broadband korang.. DIULANGI LAJUKAN SEDIKIT SAHAJA sikit2 pun takpe la janji ilang skit sakit hati .. kan ?
cara2nyer adalah dengan mengunakan Opendns http://www.opendns.com/
langkah2nya adalah
1. pergi ke network connection ( OPEN NETWORK CONNECTION )
2. kemudian pergi ke icon modem 3g anda right click dan pilih PROPERTIES
3. kemudian pergi ke Networking
4. kat petak bawah tu korang cari TCP/IP
5. tekan tcp/ip biar dia jadi warna biru (warna celcom la nih )korang akan nampak butang propertis aktif kan?
6. tekan PROPERTIES
7.lepas tu ambik USE THE FOLLOWING DNS SERVER ADDRESS
KEMUDIA KORANG ISIKAN KAT DALAM KOTAK TU
PREFER = 208.67.220.220ALTERNATE = 208.67.222.222
pastu tekan ok .. pastu dail dan try sufr insya Allah ok lah sedikit ...
Seterusnya
maxis bleh buat ker bro..
BalasPadam