1) ANGGUR
NAMA SAINTIFIK : VITIS VINIFERA
KELUARGA : VITACEAE
NEGARA ASAL : AUSTRALIA
CIRI-CIRI:
Anggur adalah buah yang tumbuh dari batang pokok menjalar berkayu dalam keluarga Vitaceae. Anggur tumbuh dalam gugusan 6 hingga 300 tangkai, dan terdapat dalam warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan atau putih.
Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.
KEGUNAAN:
Ia boleh dimakan mentah atau digunakan untuk membuat kismis, jem, air anggur, jeli, wain dan minyak biji anggur. Penanaman anggur dilakukan di ladang anggur, dan dikenali sebagai vitikultura.
2) ATI-ATI
NAMA SAINTIFIK : SOLENOSTEMON SCUTELLAROIDES
FAMILI : LABIATAE
NEGARA ASAL : INDO-MALAYSIA
CIRI-CIRI :
• Herba semusim atau saka, berbatang lembut, sekulen dan mencapai ketinggian sehingga 1 meter.
• Batang bersegi dan bercabang banyak an merimbun jika dicantas.
• Daun oval, bergerigi kasar, berukuran 5-10 cm panjang,3-5 cm lebar berwarna keunguan dan bertompok merah di tengah daun.
• Infloresennya terminal dan berjambak ringkas dengan bunga yang banyak berwarna keunguan atau kemerahan.
• Bijinya banyak, halus dan berwarna hitam.
KEGUNAANNYA :
• Pucuk atau daun mudanya sering digunakan sebagai ramuan dalam sambal tempoyak daun kayu atau nasi ulam.
• Khasiatnya sebagai ubat seduuan daunnya dikatakan dapat mengurangkan mual perut kerana tak kecernaan makanan.
• Daunnya juga digunakan sebagai ubat sakit kepala.
3) BANGUN-BANGUN
NAMA SAINTIFIK : SOLESTEMON AMBOINICUS
NEGARA ASAL : INDONESIA
CIRI-CIRI :
• Herba yang merayap dan kadang-kadang tumbuh tegak setinggi 50 cm.
• Batangnya lembut dan berlendair.
• Daun tebal, berbentuk oval yang lebar atau berbentuk jantung, kesat , tepi daun berjerigi dan berwarna hijau muda.
• Semua bahagian herba ini beraroma bila diramas.
KEGUNAANNYA:
• Sebagai penyedap rasa dalam resipi masakan tradisional.
• Daunnya dihiris halus dan ditaburkan ke atas masakan daging,ikan,sup,bubur nasi dan lain-lain.
• Sebagai ubat tradisional,jusnya dikatakan boleh juga menyembuh batuk,asma dan bronkitis.
• Air seduhan daun pula dikatakan dapat mengeluarkan angin dalam perut dan seterusnya dapat mencernakan makanan.
4) BELIMBING
NAMA SAINTIFIK : EVERRHOA BELIMBI
KELUARGA : OXALIDACEAE
CIRI-CIRI:
• Ia ditanam untuk mendapatkan buahnya yang masam.
• Buahnya seperti buah belimbing besi tetapi ia lebih kecil.
KEGUNAAN:
• Ia digunakan untuk merawat jerawat- parut buahnya dan dicampurkan sedikit garam dan sapukan pada muka.
• Jus daripada buahnya yang besar dan hijau boleh merawat ketegangan , kencing manis , dan pening kepala.
• Untuk merawat batuk- rebus daun, bunga dan buahnya dalam jumlah yang sama dan diminum airnya.
• Bunganya juga digunakan untuk merawat sakit gigi dan batuk.
5) BETIK
NAMA SAINTIFIK :CARICA PAPAYA
KELUARGA :CARICACEAE
CIRI-CIRI:
• Biasanya ditanam di kawasan sekitar rumah dan ada juga yang tumbuh meliar.
• Pokok jantannya berbunga panjang tetapi tidak mengeluarkan buah
KEGUNAAN:
• Pucuk dan bunga dicelur dan dimakan sebagai ulam.
• Bunganya digunakan untuk membuat kerabu.
• Dalam merawat sakit perut yang tidak selesa atau deman kuat,daun betik ini direbus dan airnya diminum selama 3 hari.
• Untuk merawat sakit perut sapukan pada perut untuk 2 kali sehari selama seminggu.
• Sesuai juga untuk merawat deman yang kuat,tumbuk daun betik yang muda,temu hitam(mempoyang) dan garam,campurkan dengan air dan diminum di waktu pagi.
6) BUNGA RAYA
NAMA SAINTIFIK : HISBICUS ROSA SINENSIS
CIRI-CIRI :
• Banyak berfungsi sebagai bunga hiasan.
• Sesuai ditanam dikawasan tanah yang lembap.
KEGUNAAN :
• Daunnya diambil beberapa helai (daun yang segar) ramaskan dengan sedikit air kemudian lapkan air tersebut pada seluruh badan atau demahkan atas kepala.
• Daunnya boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur dan mendapatkan warna lembut yang hitam berkilat dan bersinar-sinar – caranya ambil daunnya yang segar dan ramaskan sehingga mengeluarkan lendir dan kemudian sapukan lendir itu pada rambut kita – biarkan beberapa ketika sebelum basuh dengan air yang bersih.
7) BONGLAI
NAMA SAINTIFIK :ZINGIBER PURPUREUM ROSCOE
SINONIM :ZINGIBER CASSUMUNAR ROXB
NEGARA ASAL :INDIA, INDONESIA, MALAYSIA DAN FILIPINA.
CIRI-CIRI :
• Mempunyai daun yang linear dan berumpun kecil.
• Rizomnya berwarna kekuningan.
KEGUNAAN :
• Rizom bonglai digunakan dalam ramuan dalam rempah dan penyedap rasa dalam masakan tradisional melayu.
• Bonglai dikaitkan sebagai ubat tradisional dan sebagai ramuan dan persediaan jamu dan ubat ibu bersalin semasa dalam pantang.
• Jangan guna berlebihan, boleh menyebabkan keracunan
8) CEKUR
NAMA SAINTIFIK : KAEMPFERIA GALANGA LINN
KELUARGA : ZINGIBERACEAE
CIRI-CIRI :
• Sejenis herba renek dengan daun tersusun padat dan tumbuh melebar di atas tanah.
• Bunganya berwarna putih ungu tumbuh secara sendirian di tengah-tengah pokok.
• Rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren.
KEGUNAAN :
• Rizomnya yang beraroma digunakan untuk mewangikan nasi.
• Ia juga digunakan sebagai ubat batuk bagi mengeluarkan kahak dan lendir.
• Ia juga boleh digunakan untuk melegakan kembung perut.
• Rizom cekur yang dicampurkan dengan minyak digunakan secara luaran bagi merawat luka.Campurannya yang hangat digunakan pada bahagian badan yang sakit-sakit.
• Rizom yang dihiris diikat sebagai demah bagi mempercepatkan bisul mengeluarkan nanah.
9) CEKUR MANIS
NAMA SAINTIFIK :SAUROPUS ANDROGYNUS
NAMA LAIN :PUCUK MANIS, ASIN-ASIN
NEGARA ASAL :DIPERCAYAI BERASAL DARI ASIA TENGGARA
CIRI-CIRI :
• Pokok renek berbatang lurus, tegak dan mencapai ketinggian kira-kira 3 meter.
• Bahagian atas pula berkayu lembut, berwarna hijau dan mudah terkulai.
• Batang tidak mudah bercabang kecuali bila dicantas.Terdapat ranting-ranting lateral yang pendek dan daunnya tumbuh secara berselang-seli hingga ke hujung.Daunnya berbentuk bujur atau oblong, 2-5 cm diameter, 1-2 cm lebar berwarna hijau tua.
• Buahnya globos, berukuran 1.5 cm diameter, berpangsa tiga dan berwarna putih kemerahan.
KEGUNAAN :
• Sebagai sayuran tradisional, pucuknya yang muda biasanya direbus, berencah ikan bilis, sering dimasak lemak dengan ubi keledek dan cendawan sisir.
• Sayur ini dianggap sebagai ubat yang dapat memulihkan kesihatan ibu yang baru bersalin dan menambahkan pengeluaran susu ibu.
10) CEMPAKA KUNING
NAMA SAINTIFIK :MICHELIA CHAMPACA
CIRI-CIRI:
• Dijadikan hiasan atau pohon teduhan di halaman rumah
• Bunganya berbau wangi.
KEGUNAAN:
• Bunga cempaka kuning berkhasiat untuk wanita selepas bersalin,kencing tidak lawas dan deman selsema.
• Wanita selepas bersalin.CARANYA:ambilbeberapa helai daunnya dan bersihkan.Kemudian,rebus sehingga mendiih dan minum bila suam.
• Kencing tidak lawas.CARANYA:ambil beberapa kuntum bunganya dan bersihkan.Kemudian rebus dan minum bila dah suam.
• Deman selsema.CARANYA:ambil akarnya dititik atau dipecah-pecahkan.Kemudian,rebus dan minum apabila suam.
11) CILI PADI
NAMA SAINTIFIK : CAPSICUM FRUTESCENS
NEGARA ASAL : AMERIKA SELATAN
CIRI-CIRI :
• Herba dan pokok renek sebagai tanaman semusim.
• Buahnya runcing, berjambak-jambak dan tegak pada aksil daun dipucuk.
• Semasa muda buah warna hijau dan masakbertukar merah.
• Kultivar yang lain berwarna putih semasa muda dan kuning dan merah bila masak.
• Mempunyai rasa yang amat pedas, unik dan rasanya yang tersendiri.
KEGUNAAN :
• Sebagai penyedap rasa dala resepi masakan ikan, daging dan sayur-sayuran.
• Boleh dibuat jeruk, proses mengurangkan pedas.
• Mempunyai khasiat yang tinggi, dikenali sebagai stimulan, karminatif dan ubat sakit sengal tulang.
12) DAUN KARI
NAMA SAINTIFIK : MURRAYA KOENIGII
FAMILI : RUTACEAE
NEGARA ASAL : INDIA, THAILAND, INDO-CHINA DAN MALAYSIA
CIRI-CIRI :
• Pokok kecil, malar hijau dan boleh mencapai ketinggian 3-5 meter.
• Batang tidak begitu lurus, berdahan banyak dan bercabang-cabang, membentuk silara yang agak rimbun.
• Daun pinat, berukuran 10-35 panjang, terdiri daripada anak-anak daun yang berukuran 2.5-5 cm panjang, 0.5-2.5 cm lebar, asimetri, elips, runcing di hujungnya dan bergirigi halus.
• Infloresennya berjambak-jambak dihujung dahan dan bunganya kecil berwarna putih.
• Buahnya beri, globus, berwarna hijau, bertukar kekuningan dan hitam bila masak.
KEGUNAANNYA :
• Daunnya merupakan penyadap rasa dan sering digunakan dalam masakan kari atau kuih-muih yang berperasa pedas.
• Pucuknya yang masih muda sering dibuat ulam dan dicicah dengan sambal.
• Daun kari mengandungi khasiat makanan yang tinggi terutama vitamin A.
13) DELIMA
NAMA TUMBUHAN : POKOK DELIMA
NAMA SAINTIFIK : PUNIKA GRANATUM
CIRI-CIRI :
• Pokok ini boleh tumbuh hingga 3 ke 4 meter tinggi.
• Daunnya agak kecil dimana daunnya yang muda berwarna kemerahan dan daun yang tua berwarna hijau tua.
• Buahnya bulat dan mempunyai tampuk di bawah seperti manggis.
• Buahnya akan merekah apabila telah masak.
KEGUNAAN :
• Buahnya berguna untuk melawas kencing, menyucikan perut dan menurunkan kepanasan hati.
• Mengubati penyakit kurang mata putih, ambil sedikit air buah delima campurkan sedikit madu, panaskan hingga pekat dan sapukan pada kening.
• Mengubati luka dan benjolan, tumbuk bijinya hingga halus dan campurkan dengan madu
• Untuk menghindarkan sakit mata telan 3 bijinya sekali gus.
14) DUKUNG ANAK
NAMA SAINTIFIK : PHYLLANTHUS NIRURI L
KELUARGA : EUPHORBIACEAE
CIRI-CIRI :
• Pokok ini senang tumbuh ditepi-tepi jalan dan serata tempat lapang.
• Sejenis herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi.
• Cabangnya jenis terbuka dengan daun majmuk
• Bunga dan buahnya amat kecil muncul di bawah daun.
KEGUNAANNYA :
• Air rebusan pokok ini mampu mengubati cirit-birit.
• Ia berupaya melawan penyakit hepatitis B.
• Ia juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi.
• Bagi mengubati penyakit demam kuning (jaundice) ambil secekak daun ini dan masak dengan sedikit susu kambing.
• Ia juga sering direbus dengan tebu hitam, pegaga dan gula batu untuk dijadikan ubat penawar sakit dada bagi mereka yang menghidapi penyakit batuk berdarah.
• Ia juga digunakan untuk masalah ginjal, gonorrhea dan siplis. Jus atau ekstrak akar daunnya yang muda digunakan.
15) GANDA RUSA
NAMA SAINTIFIK : FOLIUM JUSTICIAE
CIRI-CIRI:
• Pokok renek yang tumbuh setinggi 0.6 hingga 1.5 meter.
• Daunnya menghasilkan bau yang kurang menyenangkan jika digosok
• Di tanam secara meluas sebagai pokok pagaran.
KEGUNAAN:
• Daunnya dapat menghapuskan cacing pada kanak-kanak, sengal tulang, sakit perut, busung darah, gonorea dan masalah buah pinggang.
16) GAJUS
NAMA SAINTIFIK :ANACARDIUM OCCIDENTALE
NAMA LAIN :JAGUS , GAJUS, JAMBU GOLOK, KETEREH
FAMILI :LEGUMINASAE
CIRI-CIRI:
• Pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 15 meter.
• Batangnya mempunyai getah yang akan merengsakan kulilt jika terkena.
• Daunnnya berbentuk bulat dihujungnya dan panjangnya sekitar 18 cm dengan lebar antara 5 hingga 7 cm.
• Buah dan bijinya berwarna hijau ketika muda. Buahnya akan menjadi berwarna kuning apabila masak. Teksturnya akan menjadi lembut dan berair. Isi didalam buahnya berwarna putih. Terdapat juga spesies gajus yang mempunya buah yang berwarna merah jambu.
KEGUNAAN:
• Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah.
• Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja.
• Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma.
• Dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.
17) HALIA BARA
NAMA SAINTIFIK :ZINGIBER OFFICINALE CV.
FAMILI :ZINGERBERACEAE
NEGARA ASAL :SELATAN ASIA DAN ASIA TENGGARA.
CIRI-CIRI:
• Daunnya linear dan rizomnya kecil berwarna merah.
• Rasanya pedas dan beraroma.
• Herba berizom dan berumpun.
KEGUNAAN:
• Sebagai penyedap rasa dalam masakan tradisional dan moden.
• Dapat menghilangkan bau hanyir ikan atau daging.
• Dijadikan ramuan jamu,ubat untuk mengurangkan sakit tulang,makanan tidak hadam,sakit perut,melawaskan angin dan memanaskan badan.
18) HEMPEDU BUMI
NAMA SAINTIFIK : ANDROGRAPHIS PANICULA (BURM.F.) WALL EX. NEES
KELUARGA : ACANTHACEAE
NAMA TEMPATAN : POKOK AKAR CERITA
CIRI-CIRI:
• Selalunya tumbuh menegak dan sejenis herba semusim serta mudah ditemui tumbuh meliar di tanah terbiar dan padang rumput
• Tingginya boleh mencapai 60-70 cm.
• Batangnya empat segi dan daunnya berwarna hijau pekat.
KEGUNAAN:
• Air rebusannya diminum bagi mengubati kencing manis dan tekanan darah tinggi
• Daunnya sesuai digunakan pada kulit gatal dan yang kena gigitan serangga.
• Di India, ia merupakan tonik yang amat berkesan bagi berak berdarah dan cirit birit.
• Jus daunnya dicampur rempah dan dijadikan palet yang kecil diberikan kepada bayi bagi mengatasi masalah sakit perut, berak tidak menentu dan hilang selera makan.
• Bagi masyarakat Cina herba ini diminum sebagai tonik bagi merawat sakit tekak, demam dan demam selsema.
• Ia juga dikatakan berpotensi bagi merawat penyakit jantung dan kanser.
19) INAI
NAMA SAINTFIK :LAWSONIA INERNIS
CIRI-CIRI:
• Pokoknya boleh mencapai sehingga 4-5.
• Daunnya hijau tua dan kecil.
KEGUNAAN:
• Bagi merawat cagu kuku ambil beberapa helai daun tumbuk hingga lumat dan pupukkan di tempat yang sakit sehingga sembuh.
• Ia juga menjadi rambut kelihatan segar dan bersinar. Tumbuk daun hingga lumat rebus hingga mendidih dan bila telah suam,siramkan pada rambut perlahan-perlahan. Bilas dengan air bersih dan amalkan seminggu sekali.
20) JARAK PAGAR
NAMA SAINTIFIK: JATROPHA CURCAS
CIRI-CIRI:
• Boleh didapati di tempat-tempat kering tanah dan banyak ditemui di negara ini.
• Mempunyai buah dan daunnya mempunyai getah.
KEGUNAANNYA:
• Pokok jarak belanda boleh ubati seliuh, bisul dan seriawan mulut.
• Seliuh: CARANYA; beberapa helai daunnya perlu ditumbuk halus sebelum dipupuk di tempat yang mengalami seliuh.
• Kesannya lebih baik jika dipupuk sejurus berurut dan dibalut bagi membolehkannya memecah darah beku disamping membuang angin dan melancarkan semula perjalanan darah.
• Bisul:CARANYA; ambil buahnya yang telah matang,kopek untuk mendapatkan cecair seumpama minyak di dalamnya dan disapukan disekeliling mata bisul.
• Seriawan mulut:CARANYA; menyapunya dengan getah yang mengalir daripada daun jarak belanda.
21) JARUM TUJUH BILAH
NAMA SAINTIFIK : PERESKIA SAECNAROSA
CIRI-CIRI:
• Popular dikalangan masyarakat Cina , malah dikenali sebagai pokok 1,001 khasiat.
• Daunnya mempunyai lendir tetapi tidak berasa pahit,sebaliknya tawar.
KEGUNAAN:
• Dipercayai boleh mencegah atau melawan sebarang jens barah daripada menyerang seseorang.
• Selain mencegah daripada diserang barah dan pelbagai penyakit lain , daunnya juga dikatakan boleh digunakan untuk menghindari sakit atau pening kepala, mengurangkan lenguh-lenguh serta menyegarkan badan.
• CARANYA: ambil daunnya dan kemudian dimakan mentah satu atau dua helai sehari samada dikunyah begitu saja atau dijadikan ulam.
• Memakan daun pucuk muda adalah lebih baik kerana ia tidak mengeluarkan banyak cecair.
22) KADUK
NAMA SAINTIFIK :PIPER SARMENTOSUM
FAMILI :PIPERACEA
NAMA LAIN :KADUK KAMPONG
NEGARA ASAL :ASIA TENGGARA
CIRI-CIRI :
• Herba merayap, kadang-kadang sehingga menutup bumi di tempat-tempat yang lembap dan teduh.
• Daun berwarna hijau tua, berkilat dan urat-urat daunnya jelas.
• Petiol 1.5-2.5 cm panjang, infloresen spika 1 cm panjang, bunga halus bersesek pada spika berwarna putih.
• Buah drup berwarna hijau dan bertukar merah bila masak.
KEGUNAAN :
• Sayuran tradisional dan sering dimakan sebagai kerabu, digunakan dalam nasi ulam, sambal tempoyak daun kayu dan dimasak sebagai penyedap rasa.
• Kaduk mempunyai khasiat yang tinggi.
23) KANTAN
NAMA SAINTIFIK : PHEAOMERIA IMPERIALIS
NAMA LAIN : GINGER FLOWER
FAMILI : ZINGIBERACEAE
CIRI-CIRI :
Kantan diklasifikasikan sebagai rempah atau perasa dalam masakan. Ia biasa ditanam dihalaman rumah terutamanya tempat yang agak lembab. Kantan membiak melalui dua cara iaitu pecahan rizom(anak) dan biji benih.Namun pembiakan melalui biji benih agak jarang dan sukar dilakukan.Digunakan sebagai perasa dalam masakan tertentu. Bunganya pula menjadi bahan perencah yang penting terutamnya untuk laksa dan masakan asam pedas. buahnya boleh digunakan untuk menghasilkan rasa masam dalam masakan seperti gulai ikan menggantikan asam keping atau asam jawa.
KEGUNAAN :
Pokoknya juga boleh menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin.Untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat, Rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk.Untuk menghilangkan rasa kurang bermaya dan hilang selera makan, bijinya ditumbuk hingga lumat, toskan untuk mendapatkan airnya dan dicampurkan dengan segelas air suam dan diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur.
24) KAPAL TERBANG
NAMA SAINTIFIK : CROMOLAENA ADORATA
NAMA TEMPATAN : POKOK JEPUN
CIRI-CIRI :
• Tumbuh secara meliar, ditepi-tepi jalan,sekeliling rumah ladang getah dan lain-lain.
KEGUNAANNYA:
• Sesuai digunakan untuk merawat luka atau kesan terbakar pada kulit.
• Caranya: ambil beberapa helai daun, bersihkan dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian tampal pada tempat luka tersebut.
25) KELADI
NAMA SAINTIFIK : COLOCASIA ESCULENTA
FAMILI : ARACEAE
NEGARA ASAL : ASIA TENGGARA DAN SELATAN ASIA TENGAH.
CIRI-CIRI:
• Herba saka berumpun dan ditanam senagai tanaman semusim.
• Daunnya berlobus bundar, infloresen berpedunkel dan berwarna kekuningan.
• Pada pangkal rumpun,tumbuh sulur anak atau stolom.
• Umbisisnya berbentuk silinder bujur, isinya berwarna putih, kekuningan atau keungguan.
KEGUNAAN:
• Keladi menjadi makanan tambahan samada direbus, dibuat pengat,kuih atau makanan kudapan.
• Pucuk,petiol dan sulur keladi merupakan sayuran tradisional seperti asam pedas dan ramuan dalam masakan air tawar.
• Isi keladi mengandungi kanji yang halus dan mudah dicernakan.
26) KEEMBONG
NAMA SAINTIFIK : IMPATIENS BALSAMINA
NAMA LAIN : BALSAM
KELUARGA : BALSAMINACEAE
CIRI-CIRI:
• Bunga berwarna merah seakan-akan bunga ros.
• Mengeluarkan buah yang meletup selepas masak.
KEGUNAAN:
• Digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat bisa binatang tersebut sementara menunggu rawatan rapi.
• Daun dan bunga keembong boleh digunakan untuk merawat cagu atau kuku bernanah, menghentikan perdarahan luka.
• Melegakan sakit-sakit sendi, sakit gigi, kembung perut dan sebagainya
27) KIAMBANG
NAMA TUMBUHAN : KIAMBANG
NAMA SAINTIFIK : PISTIA STRATIOTES
CIRI-CIRI:
• Sejenis tumbuhan yang senang dikenali dan mudah ditemui.
• Hidup segar di kawasan berair seperti kolam,tasik atau paya air tawar.
• Sejenis tumbuhan yang merayap di atas air dan cepat membiak
• Mempunyai akar yang bukan hanya banyak tetapi berserabut.
KEGUNAAN:
• Menjadi pilihan untuk menghias halaman rumah dengan kolam atau pasu berisi air.
• Mempunyai khasiat untuk merawat luka.
• Caranya: ambil beberapa helai daun yang segar dan rebus sehingga mendidih.
• Bila sudah suam alirkan air rebusan di tempat yang luka. Ia boleh menyekat pengaliran darah keluar.
• Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pencuci pakaian yang terkena kotoran minyak.
• Caranya: ambil beberapa helai daun yang segar dan rendamkan dalam sebekas air selama beberapa minit.
• Kemudian rendam pakaian yang terkena kotoran berminyak selam beberapa minit dan bilaskannya.
28) KUCAI
NAMA SAINTIFIK : ALLIUM SCHOENOPRASUM L.
CIRI-CIRI:
• Menyerupai pokok bawang berasal dari keluarga lili
• Tumbuhan ini tengik baunyan tetapi enak dimakan sama ada sebagai sayur atau ulam.
• Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang
KEGUNAAN:
• Boleh menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.
• Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah.
• Mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit
• Bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan dan pengembangan usus.
29) KUNYIT
NAMA SAINTIFIK : CURCUMA DOMESTICA LOIR
KELUARGA : ZINGIBERACEAE
CIRI-CIRI:
• Daunnya lebar dan runcing, tumbuh berumpun berselang seli,berwarna hijau dan agak lembut.
• Rizomnya mampat,berisi dan bercabang dalam sudut tepat bagi membentuk ketulan yang padat.
• Rizomnya ini beraroma, kulitnya berwarna oren-coklat dan bahagian isi berwarna oren cerah.
KEGUNAAN:
• Boleh digunakan dalam campuran masakan.
• Digunakan oleh wanita bersalin atau mereka yang mengalami luka-luka dalaman.
• Merawat luka-luka di kaki yang lambat sembuh-ambil sedikit ibu kunyit dan masak dengan minyak masak bersama asam keeping dan beberapa biji manjakani-bila sudah sebati tunggulah sehingga suam dan sapukan di tempat-tempat yang luka.
• Bagi masyarakat India ia dianggap ssebagai antibiotik.
• Kunyit yang dicampurkan dengan susu dan gula yang telah direbus sesuai untuk meawat selsema.
• Apabila ia dicampurkan dengan minyak bijan dan madu ia juga berguna sebagai tonik.
30) KUNYIT HITAM
NAMA TEMPATAN : KUNYIT HITAM
NAMA SAINTIFIK : CURCUMA CAESIA
NAMA LAIN : KALI HALDI(INDIA), BLACK TURMERIC,
FAMILI : ZINGIBERACEAE
CIRI-CIRI:
Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang begitu jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sesetengah kepercayaan menganggap kunyit ini mempunyai nilai mistik. Di India kunyit ini ditanam secara kormesial kerana nilai perubatannya.
KEGUNAAN:
Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan usia seseorang.
31) LEMPOYANG
NAMA SAINTIFIK : ZINGIBER ZERUMBET
NAMA LAIN : ZINGEBER ZERUMBET,PINECONE GINGER,
FAMILI : ZINGIBERACEAE
CIRI-CIRI :
Lempoyang biasa tumbuh liar dikawasan semak samun. ianya dari jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan/liar.Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan.Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah dan tercacak seperti bunga kantan.Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun
KEGUNAAN :
Untuk membersihkan kulit muka isi lempoyang sepanjang ruas ibu jari dibersihkan dan diparut. ianya kemudianya direbus bersama air , ditapis dan diminum airnya untuk mencantikkan kulit.Airnya boleh juga dicampur gula batu atau madu. selain itu isi lempoyang juga boleh digunakan untuk menambah selera makan.
32) LENGKUAS
NAMA TUMBUHAN : LENGKUAS
NAMA SAINTIFIK : ALPINIA GALANGA
CIRI-CIRI:
• Ia ditanam dikawasan lembap.
• Batang warna hijau, lembut, berempulur dan mempunyai ubi.
• Daun muda tumbuh daripada batang pokok yang tua.
• Bentuk daunya memanjang dengan bahagian hujung tajam seperti tombak.
• Menghasilkan ubi berwarna merah jambu air dan kuning pucat serta mempunyai rasa pedas. Ubi yang tua akan menjajadi berserat dan keras serta mengeluarkan bau harum yang kuat.
KEGUNAAN:
• Boleh dihiris atau dijadikan serbuk, ubi ini antiseptik dan amat berguna untuk mengubat demam, sakit kepala, cirit birit, selepas bersalin, menguatkan penghadamann, menghapuskan cacing gelang, membersihkan darah serta sakit sewaktu datang haid.
33) LIMAU KASTURI
NAMA SAINTIFIK : X CITROFORTUNELLA MICROCARPA(BUNGE)
FAMILY : RUTACEAE
NEGARA ASAL : CHINA
CIRI-CIRI:
• Pokok kecil setinggi 2-5 meter.
• Daunnya 3-8 cm panjang 1-3 cm lebar, berwarna hijau tua dan beraroma
• Buah subglobus, 2-3 cm diameter, berwarna hijau semasa muda dan kekuningan apabila masak.
• Isi berjus rasanya masam.
KEGUNAAN:
• Jus perahan limau ini sering digunakan sebagai penyedap rasa dalam masakan seperti mi, bihun, laksa, ikan bakar dan ramuan dalam resipi sambal.
• Limau kasturi mempunyai vitamin C yang agak sederhana. Jusnya dibuat minuman dan popular sebagai perasa dalam minuman teh limau.
• Khasiatnya dapat mengurangkan batuk, ekspektoran dan sebagai laksatif.
34) LIDAH BUAYA
NAMA SAINTIFIK : ALOEVERA(L.) BURM.F.
KELUARGA : LILIACEAE
CIRI-CIRI:
• Tumbuh setinggi 45-50 cm
• Daunnya berisi, berwarna hijau, dipenuhi bintik-bintik bulat dan tepi daunnya tajam berduri.
KEGUNAAN:
• Ia mengandungi sebatian penghalang kesakitan, yang dapat melegakan sakit, menyembuhkan kecederaan akibat melecur, luka-luka dll.
• Kaya dengan nutrient, yang dapat mengawet, mengekalkan dan menggalakkan aktiviti sel dalam tubuh.
• Terdapat pelbagai produk di pasaran, terutamanya makanan tambahan, ekstrak, minuman/jus, krim muka, gel, syampu dank rim antiseptic aloe untuk kulit melecur
35) MAK DATIN
NAMA SAINTIFIK : PERESKIA SACHAROSA/SAECNAROSA
FAMILI : CACTACEAE
NAMA LAIN : MAK DATIN
NEGARA ASAL :KOREA SELATAN
CIRI-CIRI:
• Ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.
• Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak
KEGUNAAAN:
• membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
• Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum
36) MAS COTEK
NAMA TUMBUHAN : MAS COTEK
NAMA SAINTIFIK : FICUS DELTIODEA
KELUARGA : MORACEAE
NAMA LAIN : SEMPIT- SEMPIT ,DELIMA SUDIP, SERAPAT ANGIN,
CIRI - CIRI :
• Tumbuhan tersebut mempunyai bintik-bintik halus berwarna emas(kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun.
• Sejenis tumbuhan meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit).
• Terdiri dari jenis jantan dan betina dengan pelbagai bentuk daun mengikut habitat asalnya.
KEGUNAAN :
• Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya.
• rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.
• Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.
37) MELUR
NAMA TUMBUHAN :BUNGA MELUR
NAMA SAINTIFIK :JASMINEUM SAMBAC
CIRI-CIRI :
• Bunga berwarna putih dan berbau harum
• Mempunyai daun hijau berkilat.
• Boleh ditanam samada dalam pasu atau dihalaman rumah.
KEGUNAAN :
• Bunganya dapat menghasilkan minyak wangi.
• Daunnya dapat merawat demam panas dan panau.
• CARANYA: ambil beberapa helai daun, dicampur dengan beras dan seulas bawang merah dalam sebekas air. Kemudian ambil airnya untuk basuh kepala dan selepas itu lapkannya diseluruh badan.
• Panau pula, ambil beberapa helai daun yang telah dibersihkan dan gosokkan pada tempat yang dijangkiti panau.
38) MISAI KUCING
NAMA SAINTIFIK : ORTHOSIPHON STAMINENS, BENTH
KELUARGA : LAMIACEAE
CIRI-CIRI :
• Sejenis pokok herba renek, ia tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter
• Bunganya bewarna putih kebiru-biruan dengan filament yang panjang seperti misai kucing
KEGUNAAN :
• Ia berfungsi untuk mengubati penyakit pundi kencing dan ginjal.
• Ia juga digunakan bagi merawat penyakit gout, kencing manis dan sakit reumatik.
• Daunnya digunakan sebagai deuretik dan untuk merawat pundi kencing.
• Air rebusannya digunakan untuk memecahkan batu karang dalam pundi kencing.
39) PANDAN WANGI
NAMA SAINTIFIK : PANDANUS AMERYLLIFOLIUS
FAMILY : PANDANACEAE
CIRI-CIRI
• Herba berumpun setinggi 1-2 meter
• Batangnya mudah terkulai dan terdapat akar-akar angin.
• Daunnya linear induplikat, berwarna hijau tua, glaukus di permukaan bawah daun dan beraroma bila diramas.
• Daun ini tumbuh roset disekeliling batang sehingga batangnya tidak kelihatan
KEGUNAANNYA:
• Daunnya digunakan dalam berbagai-bagai resepi masakan dan sajian kuih-muih bukan sahaja sebagai pewarna tetapi juga aroma yang boleh merangsang selera.Daunnya dihiris nipis adalah ramuan bunga rampai
40) PATAWALI
NAMA SAINTIFIK :TINOSPORA CRISPA
CIRI-CIRI :
• Boleh ditemui di dalam hutan.
KEGUNAAN :
• Air rebusan akhirnya mampu mengawal paras gula dalam darah.
• Patinya boleh membebaskan hormone insulin sekali gus meningkatkan penggunaan glukosa oleh tisu badan.
• Ia juga dipercayai mampu mengembalikan tenaga batin lelaki yang telah berusia.
41) PEGAGA
NAMA SAINTIFIK : CENTTELLA ASIATICA
KELUARGA :UMBELLIFERAE / APIACEAE
CIRI-CIRI:
• Biasanya tumbuh meliar, jenis merayap, semusim, berbatang halus panjang dan daunnya berbentuk ginjal.
• Boleh ditemui dicelah-celah rumput di tanah yang subur dan bersaliran baik.
• Bunganya berwarna merah jambu kemerah-merahan, muncul dalam tangkai bunga yang kecil bulat berhampiran dengan permukaan bumi.
KEGUNAAN:
• Secara tradisional ia dimakan mentah bagi membaiki masalah peghadaman dan merawat buasir.
• Air perahannya diminum sebagai tonik untuk menyihatkan badan, menyejukkan badan, menyembuhkan lelah, demam, masalah hati, cirit berdarah dan masalah buah pinggang.
• Air perahannya juga sering digunakan secara luaran untuk membersihkan dan menyembuhkan kudia, ulser, luka dan masalah kulit
• Minuman penyejuk badan oleh orang cina.
• Tonik untuk otak oleh orang India
42) PUDING HITAM
NAMA SAINTIFIK :GRAPTOPHYLLUM PICTUM(L) GRIFF
FAMILI :ACANTHACEAE
NEGARA ASAL :NEW GUINEA DAN KEPULAUAN PASIFIK
CIRI-CIRI:
• Pokok renek yang mencapai ketingggian 2 meter.
• Batangnya licin,lembut dan berwarna perang keungguan.
• Daun lanseolat,10-18 cm panjang,5-7 cm lebar,berwarna ungu kehijauan dan bertompok-tompok kemerahan keunguan di tengah-tengah daun
• Infloresen terminal,berjambak-jambak dengan bunga berwarna keunguan.
• Kultivar yang seakan-akan sama,mempunyai batang berwarna kuning,daun berwarna hijau dan tompok-tompok kuning di tengah-tengah daun
KEGUNAANNYA:
• Pucuk atau daun mudanya sering menjadi ramuan dalam sambal tempoyak daun kayu manakala dalam resepi masakan tradisional digunakan sebagai penyedap rasa.
• Seduhan daripada daun renek ini dikatakan dapat melawaskan perut dan diuretik.
43) PISANG HUTAN
NAMA TUMBUHAN :PISANG HUTAN
NAMA SAINTIFIK :MUSA ACUMINATA
CIRI-CIRI :
• Tumbuh meliar di hutan-hutan dan buahnya berbiji banyak.
• Kemandulan betina dan partenokarpi berlaku pada pisang hutan ini lalu menyebabkan buahnya tidak berbiji.
KEGUNAAN :
• Pisang juga dianggap ubat tradisional, buah yang muda, terutama yang kelat dapat mengurangkan ulser mulut dan cirit-birit.
44) SAMBUNG NYAWA
NAMA TUMBUHAN : SAMBUNG NYAWA
NAMA SAINTIFIK : GYNURA PROCUMBEUS
CIRI-CIRI:
• Boleh didapati di kawasan yang lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran paya.
• Mudah hidup jika ditanam dan tidak perlu penjagaan rapi, kecuali perlu penyiraman air secukupnya bagi menggelakkan mati.
KEGUNAANNYA:
• Dipercayai mempunyai khasiat yang mampu mencegah dan menghilangakan sakit kepala atau mengurangkan tahap serangannya.
• Caranya; Cuma perluy memakannya satu atau dua keping daunya setiap hari samada dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam.
• Pengambilan pucuk daun lebih baik kerana rasanya lebih lemak berbanding daun matang.
45) SELASIH DANDI
NAMA SAINTIFIK : STACHYTARPHETA JAMAICENSIS (L.) VAHL.
NAMA LAIN : POKOK CAWAN MINYAK, RUMPUT TAHI BABI,
FAMILI : VERBENACEAE
CIRI-CIRI:
• Sejenis rumpai yang biasa menguasai sesuatu kawasan lapang seperti kawasan pertanian.
• sejenis tumbuhan yang mudah membiak dari biji benihnya yang tersebar ke persekitaran.
• Daunnya tersusun secara berselang dengan permukaan daun berkedut.
• Tepi daunnya bergerigis.
• Bunnya tersusun pada tangkai bunga yang panjang.
• Bunganya kecil berwarna ungu tua.
KEGUNAANNYA:
• Ia digunakan sebagai ubat luka.
• Daunnya dilumatkan hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang luka.
• Tumbuhan ini dikatakan bersifat sejuk dan mempunyai rasa yang pahit.
• Bahagian yang biasa digunakan dalam perubatan ialah keseluruhan bahagian tumbuhan.
• Di Brazil, India , Bahamas dan beberapa negara lagi tumbuhan ini di jadikan ubat untuk merawat selsema dan demam.
• Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal pada kulit.
46) SERAI
NAMA TUMBUHAN : POKOK SERAI
NAMA SAINTIFIK :CYMBOPOGON CITRRATUS
CIRI-CIRI :
• Sering digunakan dalam masakan, ia menambahkan aroma masakan.
KEGUNAAN :
• Daunnya ditumbuk lumat dan dipupuk pada dahi akan meredakan sakit dan ketegangan kepala. Malahan bisa-bisa badan atau sengal sendi-sendi mampu diubati dengan cara-cara tersebut.
• Air perahannya pula berkesan mengelakkan gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit.
• Bagi mereka yang tidak lawas membuang air kecil boleh meminum air rebusan daun dan akar serai. Malahan ia mencegah daripada kembung.
• Patinya pula boleh digunakan sebagai pewangi untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.
47) SERAI WANGI
NAMA SAINTIFIK : CYMBOPOGON NARDUR (L) RENDLE
KELUARGA : GRAMINAE
CIRI-CIRI :
• Serai wangi adalah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi.
• Ia mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1-1.5 meter tinggi.
KEGUNAAN :
• Minyak meruap dari serai wangi diberikan dalam dos yang kecil bagi melegakan perut dan membantu penghadaman.
• Campuran air rebusan serai wangi, gandarusa dan daun sirih digunakan sebagai cucian selepas bersalin.
• Di Afrika Selatan, serai wangi digunakan sebagai ubat cacing dan penawar untuk selsema.
• Ia boleh digunakan untuk menghalau nyamuk ( dalam industri biopestisida ) dan pembuatan pewangi dan sabut (dalam industri kemasan diri ).
48) SIRIH
NAMA SAINTIFIK : PIPER BETLE L.
NAMA LAIN : SIRIH JAWA, BETEL LEAF
FAMILI : PIPERACEAE
CIRI-CIRI:
• Tanaman ini boleh mencapai tinggi 15 m.
• Batang sirih berwarna coklat kehijauan,berbentuk bulat, beruas dan merupakan tempat keluarnya akar.
• Daunnya yang tunggal berbentuk jantung, berujung runcing, tumbuh berselang-seling, bertangkai, dan mengeluarkan bau yang sedap bila diramas.
• Panjangnya sekitar 5 - 8 cm dan lebar 2 - 5 cm.
KEGUNAANNYA:
• Di India, sirih digunakan untuk mengubati penyakit di mulut, tekak dan lapisan perut.
• Di Afrika Timur, daunnya digunakan untuk ulser bernanah dan jusnya untuk selsema serta penyakit radang kerongkong.
• Masyarakat Filipina menggunakan sirih untuk mengubati masalah gastrik dan penyakit paru-paru yang dihadapi oleh kanak-kanak.
• Di Kemboja, daun sirih yang ditumbuk dijadikan losyen mandian untuk mengubati penyakit seperti demam, demam campak, kelenjar membesar dan lymphagitis.
• Sementara di Indonesia, daunnya yang segar dicampurkan ke dalam bahan-bahan perubatan lain sebagai ransangan antiseptic, gatal-gatal, astringen dan aphrodisiac.
49) SENDUDUK
NAMA SAINTIFIK : CLIDEMIA HIRTA
NAMA LAIN : SENDUDUK BULU, SOAPBUSH
FAMILI : MELASTOMATACEAE
LOKASI DIJUMPAI : TUMBUHAN LIAR
CIRI:
• Senduduk paksa merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasanya dijumpai tumbuh liar dikawasan semak samun dan belukar.
• Batang dan daunnya mempunyai bulu-bulu halus yang kesat.
• Permukaan daun berwarna hijau berkilat dan daunnya berbentuk bujur. Daunnya lebar dan meruncing dibahagian hujung.Urat daun kecil dan banyak dan ia membentuk petak diatas daun.
• Bunganya muncul dalam bentuk jambak dihujung ranting.Bunga yang biasa dijumpai berwarna putih atau merah jambu samar.
• Buahnya berbentuk bulat dan berbulu halus. Warnanya hijau ketika muda dan akan menjadi hitam berkilat apabila ranum.
KEGUNAAN:
• Dalam perubatan tradisional melayu dan asli, senduduk paksa digunakan untuk mengubat penyakit sawan. Kaedah yang digunakan ialah dengan mengambil secekak daunnya dan disapukan dengan minyak kepayang. daun ini ditempekkan pada ubun-ubun kanak-kanak setiap pagi sehingga sembuh.
• Selain itu ia juga digunakan untuk mengubat luka. Daunnya dilayurkan pada api dan digentel untuk mengeluarkan getahnya. Getah ini kemudiannya disapukan pada bahagian yang luka.
50) TEMBAGA SUASA
NAMA SAINTIFIK : CRINUM ASIATICUM
KELUARGA : AMARYLLIS.
NAMA LAIN : POKOK BALUNG
CIRI-CIRI :
• Merupakan sejenis pokok beracun
• Pokok ini mempunyai kelebaran 5 kaki - 8 kaki apabila matang.
• Memerlukan banyak cahaya matahari.
• Rupa daun pokok tembaga suasa ini seakan akan pokok lili putih cuma saiz daunnya lebar, panjang dan tebal ,berwarna hijau sedikit pudar dan berpermukaan yang kesat.
Ketinggian tumbuhan ini boleh mencapai 1 meter dan berbunga besar berwarna putih.
• Cara penanamannya seperti pokok sambung nyawa.
KEGUNAAN :
Tembaga Suasa ini pokok yang amat sesuai untuk mengubati bengkak-bengkak di luar badan atau alternatif lain untuk membalut bahagian yang patah.
Caranya hanya layarkan sahaja daunnya di atas api yang sederhana dan melekapkan di bahagian yang bengkak atau patah.
51) TEMULAWAK
NAMA SAINTIFIK : CURCUMA XANTHORRHIZA
NAMA LAIN : NAMA FARMASEUTIKAL-RHIZOMA CURCUMA XANTHORRHIZAE,SHU KUAT KEUNG WONG(KANTONIS),
FAMILI : ZINGIBERACEAE
LOKASI DIJUMPAI : INDIA, SOUTHERN PART OF CHINA, AFRICA
CIRI-CIRI :
Tumbuhan hampir menyerupai kunyit ini mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya.Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2m dan biasa didapati dikawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis. mengandungi sebatian volatile oil(6-11%),curcuminoids(62%) dan starch(30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari.
KEGUNAAN :
Temu lawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita
52) TETULANG
NAMA SAINTIFIK : EUPHORBIA TIRCALLI
NAMA TEMPATAN : TULANG-TULANG
CIRI-CIRI :
• Tetulang langsung tidak berdaun apa lagi berbuah.
• Bentuk batang dan ranting pokok tetulang adalah panjang dan membulat.
• Susunan dahan ranting dahannya seolah-olah rangka tulang manusia.
KEGUNAAN :
• Berkhasiat dan berkesan untuk merawat bisul, kesan bengkak dan juga kepatahan tulang.
• Khasiat tumbuhan ini tertumpu pada cecair getah berwarna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya.
• Tetapi untuk merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan ranting dahannya yang segar atas api yang sederhana besar.
• Caranya: layurkan atas api dalam beberapa minit dan bila kepanasan reda sedikit, tuapkan ranting ini pada tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah. Kemudian balutkan dengan kain bersih.
53) TONGKAT ALI
NAMA SAINTIFIK : EURY LONGIFOLIA JACK
KELUARGA : SIMAROUBACEAE
CIRI-CIRI:
• Selalu tumbuh meliar dikaki-kaki bukit dan boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter.
• Biasanya daunnya rimbun pada hujung batang .
• Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang yang keluar dari pangkal daun.
• Lazimnya pokok tongkat ali sukar untuk dicabut dengan tangan.
KEGUNAAN:
• Sesuai untuk menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak.
• Cara menggunakannya ialah dengan mengambil akarnya lalu dibersihkan dan dikeringkan
• Akar tersebut diracik-racik halus. Ambil sedikit sahaja akar yang diracik dan rendamkannya kedalam segelas air suam.
• Ia perlu ditapis dahulu sebelum diminum.
54) UBI KAYU
NAMA SAINTIFIK : MANIHOT ESCULENTA CRANTZ
KELUARGA : EUPHORBIACEAE
NAMA LAIN : UBI BENGGALA, UBI BELANDA DAN CASSAVACIRI-CIRI:
• Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan
• Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah
• Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam.
• Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.
KEGUNAAN:
• Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan.
• Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.
55) YESTERDAY,TODAY,TOMORROW
NAMA TEMPATAN :YESTERDAY, TODAY, TOMORROW
NAMA SAINTIFIK :BRUNFELSIA PAUCIFLORA
NAMA LAIN :BRUNFELSIA BIRU,MORNING-NOON-AND-NIGHT
FAMILI :SOLANACEAE
CIRI-CIRI:
Pokok renek ini boleh tumbuh pada ketinggian hingga 9 kaki. bunganya berwarna ungu tua yang akan berubah menjadi ungu muda(lavender) dan akhirnya menjadi putih. bunya mempunyai lima kelopak dan berbau harum. pokok ini biasanya dijadikan tumbuhan laman dan hiasan taman.Tumbuhan ini membiak melalui keratan batang namun ia juga boleh menghasilkan buah(jarang-jarang dijumpai). Ia memerlukan air yang banyak dan suka kepada tempat yang agak redup.
Pokok ini tergolong dalam ketagori tumbuhan beracun, jika termakan ia boleh menyebabkan pengeluaran air liur yang berlebihan ,sesak nafas,sawan, anak mata membesar dan pucat lesi
KEGUNAAN:
Selain dari kesan aromaterapi yang boleh menenangkan dari baunya yang harum, tiada khasiat perubatan yang diperolehi untuk spesies ini.
Salam nak bagi tahu bahawa senarai no 44 tu bukan gambar sambung nyawa, Itu gambar pecah beling or pecah karang.
BalasPadambnyak yg perlu diperbetulkan
BalasPadamBanyak betul..gambar lain,tp jenis pokok yg lain..bole jd keliru bg yg baru nk kenal herba
BalasPadamasal boleh je gambar...ade yg keracunan ni kang...nk bljar herba jngn lah percaya sngt nk pkcik google ni.
BalasPadamBanyak kesalahan ni, harap diperbetulkan.
BalasPadamslm
BalasPadamAssalamualaikum salam sejahtera warga group��
BalasPadam�� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570