SIFAT – SIFAT AHLI BOMBA
OBJEKTIF
Untuk mengetahui sifat dan tugas yang perlu ada pada seorang anggota Bomba supaya dapat menjalankan tugas kebombaan dengan baik dan sempurna.
PENDAHULUAN
1. Sebagai seorang anggota Bomba anda sentiasa menghadapi pelbagai corak tugas. Mereka dikehendaki mempunyai pengetahuan yang luas di dalam bidang kebombaan. Ini termasuk dalam kerja- kerja harian seperti menjaga, menyelia peralatan, jentera Bomba, mengendalikan rekod dan sebagainya.
2. Sifat – sifat seorang anggota Bomba ialah :
a. Kecergasan Jasmani
b. Berani dan tenang
c. Penyabar
d. Daya pemikiran tersendiri
e. Berpandangan luas
f. Sifat ingin tahu
g. Bertatatertib dan budi pekerti tinggi
h. Mempelajari dari kejadian lalu
i. Dapat menilai situasi kebakaran
j. mengatasi kejadian dengan segera
k. Pengetahuan Topography kawasan
3. Tugas dan tanggungjawab anggota Bomba yang penting ialah :
a. Menyelamatkan nyawa
b. Mencegah kerosakan hartabenda dari kebakaran
c. Memberi perkhidmatan kemanusiaan
4. Dengan mengetahui sifat-sifat ini dapatlah anggota Bomba itu menjalankan tugasnya dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan