11 Disember 2010

Apa itu virus?


Virus dalam komputer ialah satu program kecil bertujuan merosakkan sistem operasi dan menyebabkan komputer tidak boleh berfungsi dengan baik atau mati terus. Selalunya virus akan menyerang sektor but (boot sector), fail *.exe dan *.com. jenis-jenis virus ini dipanggil virus but dan virus fail, Terdapat satu lagi virus dipanggil virus macro yang akan merosakkan fail data program Microsoft Word dan Excel. Secara lazimnya virus akan membiak, memindah dan memadam fail-fail data pada masa-masa tertentu atau semasa program dibuka.

Chernobyl


Serangan virus boleh berlaku dengan cara ia akan bertindak pada tarikh-tarikh tertentu atau beberapa kali pengguna menekan kekunci tertentu. Contoh virus tersebut ialah virus Chernobyl yang menyerang pada 26 April lepas atau tahun sebelumnya. Virus tersebut mampu memadam kandungan rekod but utama (Master boot record) serta BIOS dan menghilangkan data-data dalam cakera keras, membuat perkakasan-perkakasan seperti papan induk dan cakera keras tidak boleh digunakan lagi.

Kerosakan BIOS dikira serangan yang paling hampir kepada kerosakan perkakasan. Biasanya serangan virus ditujukan kepada program-program dalam sistem operasi (perisian) dengan memusnahkan fail-fail penting. Sistem akan lumpuh sekiranya tiada ubat yang tepat untuk memulihkan keadaan. Perkembangan dan berita-berita mengenai virus harus diikuti setiap masa dari media massa atau Internet. Setiap amaran serangan virus diberi perhatian walau sekecil manapun.

Pengguna komputer harus menghadapi hampir 45,000 virus yang dikenali dan pertumbuhan 200 virus setiap bulan. Program virus dicipta oleh programer-programer dengan niat negatif. Apa yang harus dibuat oleh para pengguna komputer, perlu berhati-hati dengan disket yang digunakan di pemacu A serta kandungan e-mel dan fail pindahturun dari Internet yang mencurigakan. Pemasangan permainan komputer dari CD-ROM harus diberi perhatian kerana penyibaran virus kadang-kadang melaluinya. Dapatkan sebuah program anti-virus terkini bagi tujuan mengimbas komputer setiap ketika dan masa dari diserang virus tanpa disedari.

Nota:
 *.com di atas bererti nama fail seperti command.com atau format.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan