13 Disember 2010

Tukar nama bagi banyak fail sekali untuk semua

Biasanya saya akan menukar nama bagi foto-foto yang saya telah ambil. Nama-nama seperti DSC020, DSC021, dan DSC003 sudah tentu tidak memberi apa-apa makna; lalu saya menukarnya kepada nama-nama seperti “raya (1)”, “raya (2)”, dan “raya (3)”. Perlukah saya menukar nama bagi kesemua fail ini satu persatu? Sudah tentu sekali tidak! Ikuti cara di bawah bagi menukar nama bagi sejumlah fail sekaligus.
  • Pilih fail-fail yang akan dinamakan.
  • Klik-kanan pada fail yang pertama, pilih Rename.
  • Tulis nama baru diikuti dengan “(1)”. Contohnya saya tukarkan “DSC020.jpg” kepada “raya (1).jpg”
  • Tekan Enter.
Kesemua fail yang berikut akan dinamakan secara automatik mengikut urutan. Kan senang tu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan