14 Disember 2010

nakan Google Untuk Mencari Webcam



Ada bermacam benda kita boleh buat dengan Google. Serius, terlalu banyak sekali. Saya akan tunjukkan dari semasa ke semasa apa yang kita boleh buat dengan Google ni. Dan saya maksudkan hanya dengan google.com, bukannya gmail.com atau groups.google.com atau service lain dari Google, melainkan hanya menggunakan enjin pencarian Google.
Perkara pertama yang saya ingin kongsi adalah bagaiman mencari webcam menggunakan Google. Anda semua boleh menggunakan terma pencarian di bawah untuk mencarinya. Hanya “copy & paste” ke enjin pencarian Google dan click “Search”:

“powered by webcamXP” Pro|Broadcast
Jikalau anda mendapat terlalu banyak maklum balas pencarian yang menyediakan tutorial yang sama, anda boleh mengubah suai terma pencarian. Ingin saya katakan di sini anda akan mendapat kurang hasil pencarian tetapi percayalah, masih terlalu banyak hasil pencarian akan didapati.
“powered by webcamXP” Pro|Broadcast online gallery
“powered by webcamXP” Pro|Broadcast source
“powered by webcamXP” Pro|Broadcast gallery image
Satu lagi cara untuk mencari online webcam adalah menggunakan terma di bawah ini.
inurl:”ViewerFrame?Mode=”
Tetapi seperti biasa, anda akan mendapat hasil pencarian kepada tutorial seumpama ini. Oleh itu anda boleh menambahkan terma pencarian seperti di bawah untuk mendapatkan hasil yang serupa.
inurl:”ViewerFrame?Mode=” pan
inurl:”ViewerFrame?Mode=” tilt
Tapi harus diingatkan, menambahkan perkataan “tilt” dan “pan” akan memberikan hasil pencarian dalam bahasa Inggeris. Atau dengan kata lain, anda akan mendapat hasil pencarian tidak menyenaraikan website-website dari Jepun atau Korea yang menggunakan huruf-huruf selain bahasa Inggeris di mana kamera jenis ini diguna pakai secara meluas di sana.
Akhir kata, selamat berhibur dengan Google !!
//versi bahasa Inggeris boleh didapati di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan