14 Disember 2010

Ketahui Ilmu Dan Informasi Terkini Dengan RSS

Anda mempunyai berpuluh-puluh laman web dan blog yang harus dikunjungi setiap hari. Namun tak semua dari kita mempunyai masa untuk membuka laman web dan blog itu satu persatu. Masa itu emas.
Namun, kini ada satu teknologi yang dipanggil RSS (Real Simple Syndication). Ia membantu kita membaca blog dan laman web tersebut dengan jauh lebih pantas. Segala berita dan informasi terkini boleh dicerna dengan cepat.

Bagaimanakah RSS boleh membantu saya untuk membaca dengan lebih pantas?

  • RSS akan mendapatkan kandungan terbaru dari laman web dan blog kegemaran anda. Hanya kandungan sahaja yang akan dipaparkan, bererti anda tak perlu lagi tunggu laman web tu load dengan segala macam grafik dan iklan di dalamnya.
  • rss04
  • (klik pada imej untuk besarkan)
  • Dengan RSS, anda boleh tinggalkan entri yang kurang menarik, dan teruskan pembacaan dengan entri yang menambat hati anda. Semua ini dapat dilakukan dengan mudah.
  • Kebanyakan software RSS boleh memaparkan berpuluh-puluh laman web sekaligus. Jangan buang masa anda untuk buka laman web/blog ini satu demi satu.

Elakkan dari terlepas entri-entri baru

Katakan anda sibuk sehingga tak dapat melayari laman web kegemaran anda dalam seminggu. RSS akan menyimpan semua entri-entri yang baru ini, agar anda boleh membaca kesemuanya bila anda kembali online.

Bagaimanakah cara hendak menggunakan RSS?

Jika anda sudah berjumpa dengan laman web atau blog kegemaran anda, terdapat dua cara untuk melanggan RSS
Melalui emel. Perhatikan kotak ini:

rss
Masukkan emel anda ke dalam kotak, dan tekan butang subscribe. RSS akan dihantar kepada emel anda.
Melalui software/Internet. Perhatikan logo ini:rss
Klik pada logo tersebut dan anda boleh memilih software kegemaran anda untuk melanggan RSS. Saya sendiri gemar menggunakan Google Reader untuk tujuan ini.

rss

Apakah software atau perkhidmatan web yang bagus untuk melanggan RSS?

Antara software yang boleh didapati adalah seperti FeedDemon, RSSOwl, dan NewsGator. Bagi perkhidmatan web pula, pilihan yang baik adalah Google Reader. Jangan lupa mengikuti reviu tentang Google Reader pada masa akan datang ya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan