24 Mac 2011

enable explorer.exe selepas terkena virus

 Jika dahulu, agak rancak penularan virus-virus berasaskan flash. masih segar diingatan saya ada sesetengah virus ini sebenarnya tidaklah sehebat mana damagenya, cuma virus-virus ini hanya bersifat membuatkan anda sukar untuk menggunakan computer, tambahan pula sewaktu itu, windows 7 masih lagi didalam proses pembuatan, penularan virus menjadi lebih mudah dengan penggunaan autorun.inf sahaja. kini, autorun.inf bakal menjadi file yang useless setelah sistem UAC windows 7 ditambah baikkan. biarpun autorun.inf menjadi file yang tidak berguna langsung, akan tetapi, virus masih boleh memasukki computer sekiranya anda tersilap klik. kebiasaanya virus menumpang file-file baik ataupun virus tersebut melakukan penyamaran. ada virus yang tidak memerlukan UAC allow kerana virus-virus ini tidak "mengusik" section-section yang dijaga UAC.

dan sekiranya ada terjadi masalah explorer.exe yang tidak timbul seperti picture diatas sekali, bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah ini, adakah cara lain selain daripada recovery CD mahupun formating? setelah sekian hari, eddytech.my menjumpai cara terbaik untuk run semula explorer.exe. kebiasaanya virus ini akan block task manager daripada berfungsi, tutorial kali ini assume bahawa availability untuk mendapatkan pertolongan task manager telah dilumpuhkan oleh virus tersebut.

taskbar adalah salah satu daripada sub-system explorer.exe, oleh itu, taskbar tidak akan kelihatan. cara pertama sekali yang anda perlu lakukan ialah.

WINDOWS LOGO + U
Ease Of Access akan timbul untuk membantu anda, gunakan ini untuk direct anda ke path CMD.
path CMD ialah C:\Windows\System32\cmd.exe. Double klik pada cmd.exe , sekiranya virus tersebut bersifat looping, anda perlu Kill nya menggunakan taskkill. cara untuk process menggunakan CMD diterangkan post ini. pastikan anda kill program yang betul, Setelah siap anda kill virus tersebut, simply taip explorer.exe untuk hidupkan kembali explorer anda. secara rasminya anda telah berjaya baypass virus tersebut.

Windows Ease Of Access
Ignore notepad tepi 2
run cmd daripada ease of access tadi
taip explorer.exe
 untuk mengelakkan ianya daripada berulang, cara-caranya seperti dibawah,

WINDOWS LOGO + R

Kekotak dialog run akan timbul, taip Msconfig. pergi bahagian start-up, kemudian disablekan virus tersebut. sebagai contoh: "Love.exe" ataupun nama-nama yang pelik-pelik serta tidak seragam.

SEKIRANYA TASK MANAGER TIDAK DI DISABLEKAN OLEH VIRUS
mudah sahaja, bagi pengguna windows 7, simply tekan ctrl + alt + delete . kemudian klik task manager. dibahagian task manager tersebut, pilih file, New Task(Run), taip explorer.exe . :)
file - run - taip explorer.exe

1 ulasan: