Tak jadi masalah sebenarnya untuk Amar membantu Sakinah, asalkan kedua-duanya mempunyai sambungan Internet. Amar boleh akses dan kawal PC Sakinah secara online menggunakan software seperti TeamViewer. Software ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer. Berikut saya akan tunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Sakinah, dan PC Amar akan digunakan untuk mengawalnya:
- Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.
- Sakinah akan diberi nombor lapan digit berserta password.
- Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Amar dan klik pada butang “Connect to partner”
- Kini Amar dah boleh lihat dan kawal PC Sakinah. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.
Dapatkan TeamViewer di sini.
[Dari Raymond.CC]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan