Susulan dari cara-cara membuang eksplorasi.exe (kesan dari virus brontok), Wizurai ada bertanyakan tentang satu masalah baru yang timbul. Masalahnya adalah seperti berikut: apabila PC dihidupkan, folder My Document akan terbuka secara automatik. Keadaan ini agak menjengkelkan. Macam mana kita nak selesaikan masalah ini supaya ia kembali seperti biasa?
Mujurlah saya terjumpa satu entri dari AppScout yang menerangkan masalah yang sama. Cara penyelesaiannya mudah sahaja:
Mujurlah saya terjumpa satu entri dari AppScout yang menerangkan masalah yang sama. Cara penyelesaiannya mudah sahaja:
- Klik pada Start Menu > Run dan taipkan Regedit. Tekan OK.
- Pada Registry Editor, cari nilai berikut:
HKEY_LOCAL_MACHINESOFTWAREMicrosoftWindows NTCurrentVersionWinlogon
- Perhatikan bahagian sebelah kanan dan cari Userinit. Double-click pada nilai Userinit dan pastikan nilainya adalah:
C:WindowsSystem32userinit.exe
- Jika nilainya berbeza, tukarkan ia supaya menyerupai nilai di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan