Atas pertanyaan Azhar, kali ini saya ingin menerangkan kepada anda apa yang perlu dibuat jika virus di dalam komputer tidak membenarkan pemasangan antivirus. Adakah anda perlu format komputer? Tidak sama sekali! Sebenarnya terdapat 1001 penyelesaian terhadap masalah sebegini tanpa perlu format semula komputer.
Ok, cadangan saya bagi masalah kita ini adalah scan komputer sebelum Windows dimulakan. Mengapa? Kerana sebahagian besar virus hanya berfungsi selepas Windows dimulakan. Bagaimana? Dengan menggunakan bootable CD. Bootable CD bermaksud CD yang boleh dijalankan tanpa memerlukan Windows.
Terlebih dahulu, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM, dan copy kesemua kandungan CD atersebut ke dalam komputer anda. Dapatkan UBCD4Win ini di sini (saiznya agak besar, kira – kira 212 MB). Setelah selesai download, buka fail tersebut dan extract ke folder yang anda kehendaki. Setelah siap, buka fail UBCD4WinBuilder.exe untuk membuat fail ISO (yang akan digunakan untuk burn ke dalam CD). Paparan UBCD4Win PE Builder akan keluar. Jika ini kali pertama anda buka UBCD4WinBuilder, satu message box akan keluar: “Search for Windows installation files?”. Klik pada butang No. Pada bahagian Source, tekan butang ‘…’ dan pilih folder yang mengandungi fail Windows XP anda tadi. Pada bahagian Media output pula, pilih ‘Burn to CD/DVD’. Masukkan CD kosong anda (lebih baik jika menggunakan CD-RW) dan tekan pada butang Build. Tunggu sehingga semua proses selesai dan CD UBCD4Win anda akan siap.
Ok, cadangan saya bagi masalah kita ini adalah scan komputer sebelum Windows dimulakan. Mengapa? Kerana sebahagian besar virus hanya berfungsi selepas Windows dimulakan. Bagaimana? Dengan menggunakan bootable CD. Bootable CD bermaksud CD yang boleh dijalankan tanpa memerlukan Windows.
Ultimate Boot CD for Windows
Kali ini saya akan menerangkan cara – cara menggunakan Ultimate Boot CD for Windows, kerana ianya paling senang difahami.Terlebih dahulu, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM, dan copy kesemua kandungan CD atersebut ke dalam komputer anda. Dapatkan UBCD4Win ini di sini (saiznya agak besar, kira – kira 212 MB). Setelah selesai download, buka fail tersebut dan extract ke folder yang anda kehendaki. Setelah siap, buka fail UBCD4WinBuilder.exe untuk membuat fail ISO (yang akan digunakan untuk burn ke dalam CD). Paparan UBCD4Win PE Builder akan keluar. Jika ini kali pertama anda buka UBCD4WinBuilder, satu message box akan keluar: “Search for Windows installation files?”. Klik pada butang No. Pada bahagian Source, tekan butang ‘…’ dan pilih folder yang mengandungi fail Windows XP anda tadi. Pada bahagian Media output pula, pilih ‘Burn to CD/DVD’. Masukkan CD kosong anda (lebih baik jika menggunakan CD-RW) dan tekan pada butang Build. Tunggu sehingga semua proses selesai dan CD UBCD4Win anda akan siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan