13 Disember 2010

7 plugin wordpress untuk memudahkan kerja

Produktiviti merupakan satu kata kunci yang penting bagi seorang penulis blog. Sekiranya ada jalan yang membolehkan kami bekerja dengan lebih pantas (walaupun bezanya hanya beberapa saat), itu lebih baik. Nasib baiklah WordPress menyediakan pelbagai plugin yang akan dapat memudahkan kerja anda. Di sini saya ingin perkenalkan tujuh plugin WordPress yang akan dapat membantu penulis blog supaya lebih cekap dan efisien:

  1. AcronymsJangan buang masa anda untuk memasukkan tag <acronym></acronym> setiap kali anda ingin menyertakan satu-satu akronim ke dalam blog. Dengan plugin ini, anda hanya perlu menetapkan akronim sekali sahaja. Contohnya, anda tetapkan akronim HTML umtuk memaparkan perkataan “Hypertext Markup Language”. Kemudian, setiap kali perkataan HTML muncul dalam mana-mana entri, ia akan ditukarkan kepada akronim secara automatik.
  2. Admin Drop Down MenuSeperti namanya, plugin ini menyediakan drop down menu pada bahagian Admin. Anda boleh capai menu yang dikehendaki dengan cepat, tidak perlu lagi klik satu-persatu. Admin Drop Down Menu
  3. Ozh’ Absolute CommentsBalas komen terus dari bahagian Admin. Ozh’s Absolute Comments juga turut menyokong threaded comments seperti Brian’s Threaded Comments. Ozh's Absolute Comments
  4. WordPress Automatic UpgradeSeperti namanya, plugin ini berfungsi untuk upgrade WordPress anda kepada versi yang terbaru secara automatik.
  5. PlugInstallerInstall dan uninstall plugin WordPress terus dari bahagian Admin. Tidak perlu lagi buka klien FTP dan bersusah-payah mengingati password FTP. PlugInstaller juga akan menyatakan sekiranya plugin anda ada versi yang terbaru. PlugInstaller
  6. Simple TagsUruskan semua tag dalam blog anda. Apa yang menjadikan plugin ini sangat efisien ialah ia dapat mengubah tag dalam jumlah yang banyak sekaligus. Terdapat banyak lagi fungsi SimpleTags yang anda boleh terokai dari bahagian Settings.
  7. Batch CategoriesPlugin ini berfungsi untuk menetapkan kategori bagi sejumlah entri sekaligus.
Itulah antara plugin yang saya guna untuk meningkatkan produktiviti. Adakah anda ada menggunakan plugin yang lain? Oh ya, kesemua plugin ini telah diuji dan berfungsi untuk WordPress 2.5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan