
Tahu tak dengan menggunakan telefon bimbit sahaja, anda boleh update blog anda di Blogspot? Anda tidak memerlukan fungsi yang canggih-manggih seperti sambungan Internet, MMS, dan sebagainya. Hanya perlu fungsi SMS sahaja (handset tiga-tiga-sekupang pun boleh).
Kita akan menggunakan khidmat daripada Dapat. Ok, nak tahu bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah:
Daftar Emel Blogger Anda
- Log in ke Blogspot, dan aktifkan emel blog anda di bahagian Settings > Email & Mobile. Emel ini adalah rahsia, jangan kongsikan dengan orang lain.

- Hantarkan SMS
BLOG REG [label] [emel blogger]ke 32728. Anda boleh berikan apa sahaja nama bagi ruangan [label]. Contoh SMS:BLOG REG myblog khairul.34243@blogger.com - Setelah pendaftaran berjaya, satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.
- Hantar SMS
BLOG [label] [tajuk entri] # [entri blog]ke 32728. Contoh SMS:BLOG myblog Cubaan # Ini cubaan update blog terus guna SMS. - Setelah entri berjaya diterbitkan satu notifikasi SMS akan dihantarkan kepada anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan